04 Julai 2015

Majlis Iftar Amal Perdana Aman Palestin Perak

Assalamualaikum...

Sepatutnya hari ni aku beriftar dengan rakan-rakan MPMP dekat KTM Ipoh sebab aku dan Naz yang rancang..ya la..lama dah tak jumpa...tapi...apakan daya..kerja aku sebagai wartawan tak menentu...huhuhu...



Tak pe la..nak buat macam mana kan...takda rezeki nak jumpa dorang ni..so..aku pun pergi la ke Kinta Riverfront Hotel and Suites untuk satu majlis Iftar ni...awalnya memang takda mood gila sebab aku tak dapat buka puasa dengan kawan-kawan aku...tapi semuanya berubah...

Aku ke Majlis Iftar Amal Perdana Aman Palestin Perak...majlis ni diadakan untuk mengutip dana bagi membina semula Masjid As-Syafie, di Gaza yang sudah dibom oleh Israel tahun lepas.

Melalui Majlis Iftar yang diadakan di setiap negeri, Aman Palestin dapat mensasarkan sebanyak RM300,000...kos pemulihan masjid tu pula mencecah hampir RM10 juta...

Aku terkejut..sebab masjid yang terbesar di Gaza ni dah teruk sangat rosaknya...and Aman Palestin ni antara NGO yang dah lama aktif membantu masyarakat Palestin...semoga dipermudahkan urusan buat NGO ini..insya Allah...







Walaupun aku agak kecewa tak dapat beriftar dengan kawan-kawan...tapi..perancangan Allah tu lebih baik..aku dapat mafla yang aku nak selama ni..bukan apa..time aku nak beli, aku takkan jumpa..time aku taknak beli or tengah jimat..boleh pulak jumpa...hahahaha...



Apa pun..terima kasih untuk cenderahati ni..aku doakan, supaya segala usaha Aman Palestin untuk membantu saudara seagama kita di Palestin akan dipermudahkan...

Insya Allah...amin...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...