27 Jun 2015

Tiada Lagi Kedai Mamak Selepas Jam 12 Malam...

Assalamualaikum...

Wahhh...kecoh media sosial hari ni pasal kenyataan 'kurang cerdik' salah seorang ahli politik kita tentang kedai mamak...hahaha....



Ini keratan yang aku ambil dari thevocket.com yang diambil dari Bernama...lepas aku baca je..aku dah macam...

"What the ......"

Alasannya apa?hahaha..sangat lawak kot...



Just my opinion...kedai makan yang beroperasi 24 jam ni bukan satu masalah sosial pun...kalau tengok puncanya..banyak lagi, kelab-kelab hiburan bercambah, pusat-pusat karoke lagi...itu tak termasuk kelab-kelab dangdut...apa salahnya kedai mamak tu beroperasi 24 jam?

Kalau nak banteras gejala sosial sekalipun, masih banyak lagi tempat yang boleh diserbu atau diketatkan lagi peraturan..takkan kedai mamak atau kedai makan yang beroperasi lepas jam 12 malam jadi punca kepada masalah sosial?



Fikir logik..takkan kedai mamak tu jadi port untuk anak muda minum arak secara terbuka, makan pil ecstacy, ambil dadah?

Kadang-kadang kenyataan macam ni tak dirancang atau dalam erti kata lain, spontan je keluar..tapi...kita semua pernah dengar kan ayat ni...

"Fikir dahulu sebelum cakap..."

Kalau tak fikir..macam ni la...jadi troll...hahaha...bila kita jadi public figure, orang ramai akan ambil tahu apa saja yang kita cakap dan buat...

Niat memang baik, untuk banteras gejala sosial..tapi jangan la sampai nak libatkan pihak yang tiada kaitan...

Banteras induk terlebih dahulu...tapi kalau lepas ni mamak memang tak boleh operasi lepas jam 12.00 malam...goodbye la..kena lepak kat disco la lepas ni...



Dalam keratan yang sama..dah dinyatakan pusat hiburan jugak akan diberi notis baharu nanti jika ianya dilaksanakan...itu aku setuju...

Jadi..kita tunggu sahaja apa yang akan ditetapkan...nampaknya masa World Cup nanti, sunyi la mamak...hahahaha...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...