17 Jun 2015

Niat Puasa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...



Adakah niat puasa Ramadhan wajib di ulang setiap malam? Adakah harus berniat untuk sebulan sekaligus?

Mengikut pandangan jumhur ulama' (termasuk Mazhab Syafi’ie): niat puasa wajib dilakukan pada setiap malam. Tidak memadai niat sekaligus untuk keseluruhan bulan Ramadhan.
Ini kerana setiap hari Ramadhan itu adalah ibadah yg tersendiri.

Namun mengikut Nazhab Imam Malik: harus berniat puasa untuk sebulan sekaligus iaitu pada malam pertama Ramadhan.

Menurut Mazhab Syafi’ie: digalakkan berniat puasa sebulan sekaligus itu tetapi bukanlah untuk mengelak dari berniat pada setiap malam. Ia hanya sebagai langkah berhati-hati jika ditakdirkan terlupa niat pada mana-mana malam dari Ramadhan.

Dengan adanya niat sekaligus itu, dapatlah dielakkan dari terbatal puasa kerana terlupa itu iaitu dengan bertaklid kepada mazhab yang mengharuskan niat sekaligus itu.

Kesimpulannya, menurut mazhab Syafi’ie: niat puasa wajib dilakukan pada setiap malam. Adapun niat puasa sekaligus itu hanyalah sebagai langkah berhati-hati.

*maklumat dari Whatsapp and Facebook..kalau salah, sila beritahu...sharing is caring...

Selamat berpuasa semua...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...