25 Jun 2015

Cari Calon Menantu...

Assalamualaikum...

Well..another hint from my mom...hahahaha... selepas sekian lama mak tak bagi hint, hari ni lepas bukak puasa mak bagi hint...

Hint apa?hint nak tengok calon menantu yang terakhir...hahahah...mak cakap, achik dah tengok and tau dah siapa calon menantu..tapi aku?bayang pun belum nampak...hahahaha...

Well..even sekarang aku dah 24 tahun...aku tak terfikir pun lagi nak ada satu hubungan yang serius...tipu la kalau aku cakap aku tak cemburu tengok kawan-kawan yang dah kahwin, dah bertunang and couple semua tu..tapi bagi aku..itu tak penting bagi aku...



Apa yang penting bagi aku sekarang ni, kebahagiaan mak and abah and cita-cita aku untuk jadi wartawan yang berjaya..well..cita-cita aku dah tercapai sebenarnya.. Alhamdulillah...

So sekarang ni..cuma kebahagiaan mak dan abah...aku nak tengok mak dengan abah bangga dengan kejayaan kami semua, which is bukan kejayaan aku saja, tapi kejayaan kami enam beradik...

Bab jodoh, aku tak nak fikir sebab itu semua kan rahsia Allah..aku hanya menerima...tapi aku bukanlah tunggu saja, aku pun mencari jugak...cuma tak yakin...tak yakin dengan ciri fizikal aku yang macam ni, ada orang nak dengan aku...hahaha...tapi jodoh tu kan rahsia Allah..



Jawapan aku dekat mak tadi...aku suruh mak tolong carikan kalau mak and abah nak tengok calon menantu...sebab sekarang aku cuma nak fokus pada kerjaya aku..biar aku ada satu pendapatan yang stabil...baru aku nak cari bakal jodoh aku...

Lagipun..aku tahu aku ni banyal kekurangan, bukan dari segi duniawi ja, tapi dari segi ukhrawi pun aku masih banyak kekurangan..kalau aku sendiri pun banyak kekurangan, macam mana aku nak pimpin anak orang and anak-anak aku nanti?

Atau dalam erti kata lain, aku belum bersedia..insya Allah..sampai masanya..aku akan bersedia dari segala aspek...doakan..
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...