14 Jun 2015

Aku Tak Sebaik Yang Disangka...

Assalamualaikum...

Apa perasaan korang semua bila orang yang kenal anda, tak kisah la baru kenal or dah lama kenal, anggap korang ni baik?

Ada yang suka, ada yang rasa kurang selesa...tapi bagi aku, aku kurang selesa bila orang anggap aku ni baik...



Sebab apa? Sebab aku tahu diri aku macam mana...aku tahu jahat aku macam mana...dan disebabkan itu, aku tak selesa bila orang menganggap aku ni baik...

Yup..itu pandangan mereka untuk menganggap aku ni baik, tapi...aku takut aku akan kecewakan mereka bila mereka melihat sisi gelap diri aku nanti...

Apa yang aku bantu, itu cuma sikap aku yang aku sendiri tak sangka aku akan buat semua tu...it just a spontaneous masa aku buat sesuatu kebaikan tu..kebaikan??aku tak rasa pun apa yang aku buat tu satu kebaikan...

Apa yang aku buat tu cuma bagi aku, aku patut buat..tanggungjawab aku untuk buat benda tu...

Bukan apa, macam aku cakap tadi, aku takut mengecewakan mereka yang menganggap aku ni baik, tetapi sebenarnya, aku ni taklah sebaik yang disangka...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...