16 Mei 2015

Selamat Hari Guru 2015, Jom Imbau Kenangan Zaman Sekolah

Assalamualaikum...

16 Mei tiba lagi...setiap tahun...tarikh ni mesti akan ditunggu oleh semua orang kan..oopsss...ke aku ja yang tunggu??hahaha
SMK Alor Pongsu..setiap tahun mesti banjir..
sebab tu sekolah aku famous...

Hari Guru...hari yang paling istimewa buat semua pelajar untuk menghargai guru masing-masing..yup..sepatutnya kita menghargai guru-guru kita setiap masa macamkita hormati kedua ibubapa kita.. cuma, Hari Guru ni ditetapkan pada tarikh yang sama setiap tahun sebagai apa orang cakap..tarikh rasmi la...macam Hari Ibu dan Hari Bapa la kan..

ok..jom..aku nak imbau kenangan yang paling best semasa aku sekolah dulu...

masa masuk Deklamasi Sajak dekat Kampung
sempena Hari Kemerdekaan

A. Sepanjang aku bersekolah...aku aktif dalam
1. Deklamasi Sajak (Sekolah Rendah sampai Tingkatan 5)
2. Pidato Bahasa Melayu dan Syarahan Agama (Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5)
3. Debat (Tingkatan 3 dan Tingkatan 4)
4. Pantun (Tingkatan 4)
5. Drama Bahasa Inggeris (Tingkatan 3 sampai Tingkatan 5)
Tapi aku tak pernah aktif dalam sukan...thanks to Cikgu Fariza Husna dan Ustazah Ahda Ambak dan Sir Santhananthan and Sir Johny sebab bagi peluang untuk aktif dalam public speaking dan Drama...


B. Cikgu Matematik yang aku selalu ingat...
1. Cikgu Kamisah - SK Alor Pongsu (cubit)
2. Cikgu Farahiyah - SMK Alor Pongsu (cubit)
3. Cikgu Ruzilawati - SMK Alor Pongsu (cubit dan membebel)
4. Cikgu Fitri - SMK Alor Pongsu (Tampar Belakang dan Tarik Sideburn)
Tu semua denda yang aku pernah kena sebab tak buat kerja sekolah..hahaha...

C. Masa form 5, aku pernah kena gunting rambut dengan Cikgu Fitri sebab rambut panjang...sekali dekat tapak perhimpunan, sekali kat dalam kelas and waktu tu...aku KETUA PELAJAR...

D. Aku jadi pengawas sekolah dari Tingkatan Satu sampai Tingkatan 5. sepatutnya aku tak dipilih untuk menjadi pengawas...tapi disebabkan teringin nak pakai seluar slack hitam dan baju biru beserta vest dan tie, so aku pun apply la untuk jadi pengawas...sebulan jadi pengawas pelatih.
Masa Tingkatan 4, aku dinaikkan pangkat jadi Bendahari, pergi kutip hutang dari kelas ke kelas...ehh..bukan hutang...denda..hahaha...then hujung tahun aku jadi pemangku Ketua Pelajar sebagai persediaan aku untuk naik ke pangkat tersebut.

E. Aku selalu jadi pengacara majlis untuk perhimpunan setiap hari Isnin dekat sekolah

F. Aku lead untuk buat aktiviti sukaneka untuk Hari Guru

G. First time aku ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah aku untuk terima sijil Anugerah Kepimpinan..sebelum ni, aku tak pernah ke Majlis tu sebab aku bukanlah pandai sangat pun.

H. Aku paling tak suka kalau hari tu ada PJK, sebab aku tak suka bersukan. kalau main bola, aku akan jadi tunggul dan aku selalu kena cakar sampah dekat belakang sekolah sebab tak bawak baju sukan.

I. Pernah kena ugut dengan gangster sekolah, kononnya, sebab tulis nama senior tu dalam buku denda atas alasan baju sekolah takda lencana

J. Masa sekolah rendah, aku adalah seorang pengawas Pusat Sumber..pakai baju kuning cair.

K. Disebabkan takut nak keluar ke tandas, aku kencing dalam kelas..masa tu Darjah Satu..hahaha..bila cikgu tanya, aku jawab air botol tumpah..
Esok tu, satu kelas bau hancing, terus kena marah dengan cikgu..cikgu pesan, kalau nak ke tandas, tolong bagitahu.

L. Masa sekolah rendah, bila cikgu suruh bagitahu nama mak abah dekat kawan-kawan kelas, aku sebut nama abah ja, nama mak aku jawab taktau sebab ada seorang budak kelas aku tu, nama dia sama dengan mak aku, so aku malu nak cakap nama mak aku..masa tu Darjah Satu.hahaha...bodohnya time tu...

cute kan aku??
Itu ja kot...hari ni, status Facebook aku semua throwback zaman sekolah..sebenarnya banyak lagi kenangan-kenangan yang aku ingat, tapi tak tertulis...hahaha...sungguh, aku sangat rindu zaman sekolah..

rindu nak kena cubit dengan cikgu-cikgu sebab tak siap kerja sekolah, kena pergi ambil buku latihan kat bilik guru, pergi pejabat sekolah tekan loceng, keluar rehat awal sebab nak jaga budak-budak suruh beratur kat kantin (tapi budak lelaki tak pernah dengar cakap), rindu nak tunggu kat pagar sekolah untuk tulis nama sebab datang lambat and banyak lagi la...

budak sekolah sekarang ni terlalu manja..pantang cubit sikit, dah report kat mak and ayah..sedangkan itu salah dia sendiri..takut nanti bila dalam kesusahan, dia tak mampu nak tanggung. plus..dia takkan sedar kesilapan apa yang dia dah buat. 

Pulang dengan kejayaan ye..berjaya bawa pulang awek...
ps:gambar sekolah rendah, awek ni dah kawen...
Bila dia tak rasa semua tu, dia takkan menghargai jasa cikgu-cikgu dia..dia takkan ada cerita yang menarik untuk diceritakan dekat anak-anak dia nanti...

Terima kasih cikgu-cikgu yang sudi mengajar saya sampai saya berjaya jejakkan kaki dekat Unviersiti..terima kasih buat pensyarah dekat Universiti yang banyak membantu sampai saya berjaya habiskan Diploma Pengurusan Pelancongan dan jugak hampir untuk habiskan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan)..thank you so much...

ps: gambar-gambar lain tak banyak, sebab ada dalam laptop, 
aku update guna pc office ja...hahaha..
gambar pun dari FB






Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...