28 April 2015

Lebih Banyak Kita Memberi, Lebih Banyak Kita Dapat

Assalamualaikum...

Lama tak berupdate...ada topik, tapi malas nak update..boleh macam tu?macam mana nak jadi blogger yang berjaya ni...hahaha...

Okay...sekarang baru aku faham kenapa dalam Islam digalakkan untuk bersedekah..sebab bila kita bersedekah, Allah akan berikan rezeki yang lebih kepada kita...

TAPI... asalkan kita bersedekah dengan ikhlas...

Aku sendiri dah alami benda ni..kadang-kadang tak terniat pun nak bersedekah, tapi jadi secara automatik...faham tak?

Macam saja-saja belanja kawan or do something yang baik..insya Allah...Allah pasti akan pulangkan kepada kita dengan sesuatu yang lebih baik.



Kan pepatah Melayu ada cakap...

"Tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima"

Yes..itu betul..bila kita bagi, kita akan rasa lebih puas sebab dapat sama-sama berkongsi.mungkin apa yang kita kongsi tu tak seberapa..tapi ganjaran yang Allah akan berikan tu, lebih besar nikmatnya..

Allah akan berikan semula apa yang kita beri tu tak semestinya dalam bentuk duit semata-mata..tapi kadang-kadang dalam bentuk rezeki yang lain.

Kerja, kawan-kawan yang baik, rezeki yang lain-lain..we will never expect what will happen next.

Aku akan cuba untuk selalu memberi apa yang aku mampu dan terdaya..insya Allah..
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...