02 Februari 2015

Tips Menulis Karangan Dan Esei

Assalamualaikum...

well.. it just my opinion. aku nak bagi suggestion pun tak layak rasanya sebab aku pun bukan berbakat sangat dalam menulis.. cuma diberi sedikit kelebihan dari Allah untuk menulis.. well..tak nak buang masa.

Tips yang aku berikan ni mungkin berguna untuk adik-adik yang nak exam, especially SPM and STPM. some might be useful, and some maybe not.

Okay. antara tips-tips yang abang selalu guna semasa menulis artikel atau dalam exam adalah.

1. Gunakan perkataan yang simple 
Selalu bila kita menulis, kita selalu merasakan yang perkataan yang bombastik akan buatkan artikel dan karangan kita tu akan jadi hebat, macam penulis yang popular. Tapi bagi abang, anggapan itu adalah salah. Kalau kita buat untuk ucapan Perdana Menteri or YB, itu mungkin okay, tapi kalau artikel yang berbentuk umum, cukup la guna perkataan-perkataan yang mudah untuk difahami, tetap menarik dan sedap untuk membaca.

Perkataan yang bombastik ni akan jadi menyakitkan minda pembaca dan juga berisiko besar yang pembaca tidak akan faham tentang mesej yang hendak disampaikan. jadi, untuk mengelakkan itu daripada berlaku, lebih baik guna perkataan-perkataan yang simple. tapi adik-adik kena ingat, perkataan yang simple tu bukannya bahasa pasar atau bahasa sehari-harian kita.

2. Susunan ayat yang tersusun
Dah tu, bila tak guna perkataan yang bombastik, macam mana nak bagi artikel dan karangan tu nampak hebat? Okay, untuk menampakkan artikel itu hebat, adik-adik kena pandai untuk susun semula ayat-ayat yang adik nak gunakan itu supaya nampak hebat dan sedap untuk dibaca.

Elakkan guna ayat yang selalu digunakan dan yang cliche. Sebelum menulis, pastikan adik tahu apa yang adik nak tulis. kertas jawapan akan nampak buruk kalau adik terlalu banyak gunakan liquid paper ataupun potongan ayat. jadi, fikir sebelum menulis supaya ayat yang adik nak tulis lebih tersusun dan nampak cantik.

3. Susunan isi dalam karangan
Susunan isi ataupun point utama ni sangat mudah nak di re-arrangekan kalau menaip. sebab kita boleh cut & paste. dan re-arrange ni boleh dilakukan bila dah siap artikel dan karangan yang dah ditulis.

tapi kalau tulis tangan, adik kena buat contengan di tempat lain dulu tentang isi utama adik-adik. orang kata buat mind-mapping. tapi, abang tak pandai buat mind-mapping ni. abang lebih suka buat '-' ataupun '*'. lebih mudah dan tak buang masa. so dari situ, abang boleh re-arrange isi mana yang perlu dijadikan yang pertama dan lain-lain.

4. Bilangan ayat dalam perenggan
Okay, ini satu lagi. selama abang belajar dekat Universiti ni, satu yang abang perasan, dalam setiap perenggan, maximum ayat adalah sebanyak lima ayat. tak lebih dan paling minimum dalam satu perenggan adalah dua ayat.

Perenggan yang panjang akan  buatkan pembaca akan lebih suka skip membaca keseluruhan cerita dan karangan, jadi untuk elakkan itu daripada berlaku, dalam satu perenggan, cuma tulis dua ke lima ayat sahaja. tapi untuk adik-adik di peringkat sekolah, mungkin lima ayat dah cukup berbaloi.

Okay, abang rasa itu sahaja kot. kalau ada yang abang rasa abang perlu tambah, abang akan tambah okay. harap dapat membantu dan kalau ada yang tak setuju, minta maaf la, ini cuma pendapat peribadi daripada manusia yang masih belajar. 

bye...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...