21 Februari 2015

Kelainan di Melaka dan Nilai

Assalamualaikum..

Baru-baru ni aku join companu trip abang aku ke Melaka dan Nilai..saja bawak orang kampung...

Well..aku tak nak cerita sangat tempat-tempat yang aku pergi, sebab biasa sangat...jadi aku akan bagitahu tentang tempat yang bagi aku menarik dan lain sikit...

Mini Malaysia & Mini Asean

Tempat pertama lawatan kami adalah di Mini Malaysia dan Mini Asean. Harga tiket adalah RM16.90..tapi disebabkan kami datang as a group, so dapat la harga RM10.00 seorang...





Tapi masa aku pergi, Mini Asean masih dalam reconstruction. So cuma ada Mini Malaysia. Mini Malaysia ni menunjukkan setiap ciri-ciri unik rumah yang mewakili setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Dan dalam setiap rumah akan ada TV untuk penerangan kepada pengunjung, dan hampir setiap rumah akan ada setiap makanan tradisional untuk dijual kepada pengunjung.











Dalam ni, pengunjung diberi kemudahan dan pengalaman lain macam naik kereta kuda, menunggang kuda dan merasa naik motor tu..apa nama entah...

Harga untuk kereta kuda RM5.00 seorang, menunggang kuda RM20.00/ride (tak silap aku la.. ) dan RM25.00/ride untuk motor tu..





So bagi yang ke Melaka, boleh lah kesini selain daripada du Bandar Hilir tu. Aku tak nak cerita pasal Bandar Hilir sebab dah biasa..hehehe..

Kilang Chocolate di Nilai, Negeri Sembilan

Okay..lepas di Melaka, biasa la bawa makcik-makcik pergi bershopping di Nilai. Lepas tu, driver bawak kami ke Kilang Chocolate, aku tak pasti di mana tapi tak jauh dari kawasan shopping di Nilai.

Lokasi kilang ni di kawasan kilang/perumahan lama...dan apa yang aku diberitahu oleh driver bas, owner dia adalah Melayu. Dan memang betul.

Ada beberapa perisa kat sini macam strawberry, durian, butterscotch, dark chocolate and ada cookies jugak

Harga pun murah. RM 7.00 sekotak dan RM20.00 untuk 3 kotak.







Rasa chocolate dia memang sedap. Dengan harga yang murah bagi aku, so memang berbaloi. Tak tipu...hehehe

Well...ini saja bagi aku kelainan di Nilai dan Melaka, mungkin ada yang dah pernah pergi dan aku je yang baru pergi...

Tapi bagi aku, paling best di Nilai la sebab aku hantu chocolate...

Okay, tu je...thanks for reading....
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...