27 Januari 2015

Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah

Assalamualailum...

Semalam kecoh dalam kalangan ibubapa dan bakal ibu dan bakal bapa tentang satu statement yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat,Wanita dan Keluarga...



Dan ni pulak komen-komen dari pengguna sosial...aku ambil komen-komen ni dari page Ben Ashaari...





Komen aku pula..memang tak wajar..dah la di sekolah merotan tal boleh..ini di rumah pulak...last year kita kecoh pasal kes ibubapa pukul anak di Sweden atas alasan itu adalah hak ibubapa..tapi sekarang..kita cuba untuk praktikkan apa yang Sweden buat...what the...

Aku faham..mungkin kerajaan cuba untuk elakkan kes dera dalam kalangan ibubapa terhadap anak-anak..ataupun..untuk mengelak kes dera pengasuh kepada anak-anak.

Setahu aku..memukul tanpa niat untuk mendera dan memukul untuk mendidik dibenarkan di dalam Islam dan memukul itu mestilah ditempat-tempat tertentu (seperti di tapak kaki) atau ditempat yang kurang sakit..

Kalau undang-undang ni berjaya diluluskan di Parlimen...generasi muda akan datang akan menjadi lebih manja berbanding sekarang...

Dekat sekolah tak boleh dirotan, dekat rumah pun tak boleh..so..macam mana ibubapa nak ajar anak-anak untuk jadi lebih berdisiplin dan dengar cakap?

Setiap nasihat dan teguran ada langkah masing-masing..dan memukul adalah di langkah paling akhir...jadi kerajaan tak perlu risau..sebab tugas untuk mendidik anak-anak adalah untuk mengajar...ibubapa tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka...

Aku pernah kena pukul dengan abah dan mak sebab menyorok masa kecil..merajuk kononnya time maghrib...memang teruk aku kena malam tu..tapi...lepas tu..aku tak buat dah..sebab aku tau..mak dan abah sayangkan aku..sebab tu aku kena pukul..aku di didik cara kasar..tapi alhamdulillah..aku jadi apa yang aku jadi sekarang..

Itu je..assalamualaikum...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...