31 Disember 2014

Menjelang 2015

Assalamualaikum...

just a simple update...ini adalah entry aku yang ke 299..so..malam esok akan ada satu entry khas untuk meraikan entry aku yang ke 300...hahahaha...see..nampak macam aku ni blogger terkenal ja kan?? sedangkan hakikatnya...kau hadooo???

harap-harap aku tak lupa la untuk update malam esok...

bye..see you tomorrow night...

assalamualaikum...

24 Disember 2014

Rimas Dengan Kaki Report...

Assalamualaikum...

Before aku terlelap dalam bas ni sebab cuma tido 2 jam ja semalam...aku nak update sikit...

Sekarang ni study week..tapi aku extend few days sebab ada presentation investigative reporting...habis kelas aku terus ke stesen bas seksyen 13 shah alam...

Masa kat sini..aku nampak la satu loving couple ni (loving la sangat) tengah date...yang boyfriend ni hantar girlfriend dia..tu tak kesah la..and aku pun tak tau awek dia ni nak ke mana...

Ditakdirkan...kami satu bas and aku serta perempuan ni..dapat seat belakang sekali...tiba-tiba perempuan ni dapat call...ni dialog perempuan tu la...

"Dapat seat belakang sekali..." sambil selak langsir bas...

"Dua-dua ada..."

"Saya kat tengah-tengah..."

"Sebelah kanan..." merujuk kepada aku..sebab aku duduk sebelah kanan dia...

"Tak pe kot..sebab seat belakang ni semua ada..bukan saya berdua je.."

"Okay..bawak motor elok-elok..."

Then tiba-tiba dapat tukar seat...dia dapat seat single..then dia call boyfriend dia..report la kot..

Persoalan kat sini..perlu ke report??macam la aku nak buat apa-apa dekat dia dalam bas ni...memang cun pun..tapi..aku rimas kalau jenis kaki report ni..

Buat apa sikit nak kena report..perlu ke??memang la pakwe dia yang call..tapi tak perlu la nak tunjuk yang kau tu macam budak-budak...

Hishh...aku rimas betul dengan kaki report macam ni...

Ok..dah habes..masa untuk cover tidor semalam yang tak cukup...
posted from Bloggeroid

17 Disember 2014

Majlis Perjumpaan YAB Menteri Besar Perak Bersama Pemimpin Mahasiswa

Assalamualaikum...

This should be my first entry tonight..tapi dah aku update tentang kolokium and MPG tadi..but..nevermind...

Okay..12 dan 13 disember lepas..aku,eha n syam pergi ke UiTM Sri Iskandar untuk program yang aku mention as my title...setiap IPT hantar 3 orang wakil dan melibatkan 30 IPT seluruh Malaysia...

Sepatutnya hari sabtu,MB turun tapi disebabkan ada hal,cuma Dato Amin as Exco Pendidikan Perak yang turun..

Sepanjang program ni,kami diminta untuk memberikan idea kepada kerajaan negeri untuk membangunkan negeri Perak..alhamdulillah...cadangan dan idea dari mahasiswa tetap di ambil perhatian oleh kerajaan negeri...

And pada hari sabtu,masa majlis penutup,MB telah menjemput semua wakil IPT untuk hadir ke Pangkor untuk program PULARA sebagai ganti beliau tak hadir ke sri iskandar..tapi..kami wakil uitm shah alam tak dapat pergi sebab ada kolokium hari ahad tu...

Mana yang pergi pangkor,dapat merasa naik feri khas MB dan juga stay di teluk nipah secara FOC...untung dorang...

Well..just enjoy the pic..




























posted from Bloggeroid

Malam Pra-Graduan FKPM 2014

Assalamualaikum...

Lepas je kolokium petang tu (rujuk entry sebelum ni)..aku balik bilik untuk tidor..sangat letih...

Malam tu...ada MPG untuk fakulti aku...tema untuk MPG kali ni adalah Oscar...hermm..bagi aku..Oscar adalah red carpet..betul ke??hahahaha...

MPG kali ni diadakan di Royal Selangor Club kalau tak silap aku...

So..enjoy the pictures...






















posted from Bloggeroid

















Kolokium Kritikan Media 31

Assalamualaikum...

Ahad lepas,14 disember, kami student journalism semester 5 uitm shah alan dah organize saymtu event..which is Kolokium Kritikan Media kali ke 31...event ni adalah event wajib yang memang student journalism kena buat...

Kolokium kali ni dengan tema seperti dibawah...



Panel yang hadir jugak sangat mantap isi ucapan...sangat menarik dan kena dengan tema..



Okay..tu je...hehehe..enjoy the picture...














posted from Bloggeroid

11 Disember 2014

Food Review : Aden Gate Restaurant

Assalamualaikum...

Okay..first sekali..hari ni..Diet Atkins aku kelaut sebab makan nasik..hahahaha... itu pun sebab kawan aku belanja after more than 1 year nak belanja..tak apa..rezeki jangan ditolak...heheheh...ok...back to the mainpoint...

Kami pergi makan dekat satu restoran ala Arab dekat Pusat Komersial Seksyen 7..nama kedai Aden Gate Restaurant...makanan kat sini menghidangkan makanan ala arab..



And dalam menu..ada appetizer,main course and dessert...tapi sorry..aku segan nak ambil gambar banyak sebab pekerja tu tengok semacam...



So..antara main course yang aku ingat...ada mandy chicken,hanith chicken,mandy lamb,lamb madghout,chicken madghout and ada juga few choices of spaghetti...

Aku order chicken hanith and member aku order chicken madhgout...


Ni adalah hanith chicken


Chicken madhgout




Okay..moment of truth..rasa nasik dia sangat perfect..nasi arab..so dia guna beras basmathi..kan..basmathi la kan yang beras panjang tu...hahaha...sedap..perfect..rasa rempah yang sangat okay..tak kuat sangat rasa rempah dia..some of arabic restoren rasa rempah sangat kuat..but this one...okay...plus..nasi dia sangat banyak..boleh makan dua orang...

Untuk ayam hanith tu..ayam dia sangat lembut..lembut sampai ke tulang...so kalau nak gigit tulang tu pun ok...hahha..chicken hanith ni macam ayam yang dikukus..kalau perasan..ayam tu diletak dalam aluminium foil..and then dikukus...

Compare dengan ayam.madghout,ayam tu aku tak pasti macam mana..tapi dari pemerhatian aku..ayam tu dipanggang dan yes...masih lembut gila..

Untuk set nasi...kita akan dapat sekali dengan kari dan juga air asam...kot..ahhaha..tapi rasa lebih kurang macam air asam la...

Air..ada macam-macam pilihan...sirap arab,barbican and jus buah...

Jangan risau..harga masih mampu bayar..untuk set nasi,harga bermula dari RM 12 hingga RM 19 dan spaghetti dari RM 7 hingga RM 9..kalau tak silap aku la...Ada juga set-set lain..

Restoran ni terletak dekat Pusat Komersial Ssksyen 7 Shah Alam belakang kedai perabot dan juga belakang restoran Nasi Lemak Cinta Sayang..

Terima kasih zaidi sebab sudi belanja tadi...sayang hang...hahahaha....lepas setahun menunggu..akhirnya..terima kasih sangat2 zaidi

posted from Bloggeroid

09 Disember 2014

Pertandingan Menulis Esi Cakna Produktiviti MPC

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..rezeki Allah hujung-hujung semester ni...dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan untuk student..Allah bagi rezeki dekat aku...syukur Ya Allah..alhamdulillah....



Kali pertama tidak bernombor dan masih mendapat hadiah,kali kedua sekadar tempat saguhati..dan Alhamdulillah..mendapat tempat kedua...syukur..

Mulanya aku tak sangka boleh menang sebab keputusan yang diumumkan lambat and aku tak menaruh harapan..tapi malam ni..Alhamdulillah...

Terima kasih Allah untuk bakat menulis yang Engkau telah berikan kepadaku Ya Allah...semoga bakat menulis ni akan terus kekal ya Allah...

Amin ya Rabb
posted from Bloggeroid

Diet Atkins : Berkesan atau Tidak?

Assalamualaikum...

Just a simple update memandangkan dah lewat malam and mata aku dah pedih-pedih menahan mengantuk...

Bermula sabtu lepas, 6 Disember 2014, aku dah mula untuk melakukan satu proses diet yang bagi aku...agak popular kebelakangan ni...

Diet Atkins..aku pun tak pasti sama ada berkesan atau tidak...diet atkins ni tekankan kepada pemakanan kita dan sesiapa nak bersenam tu...digalakkan...

Diet ni terbahagi kepada few stage and ada pantang larang makanan yang boleh dimakan..memandangkan aku baru 3 hari mula..so tak tahu la nak cakap macam mana..

Tapi..for the first two weeks...aku kena elakkan makan makanan ni..



Apa yang aku tengok gambar pengamal diet atkins ni dalam group facebook tu..memang ada kesan..dan abang aku pun amalkan diet atkins ni..dan memang berkesan..

Orang cakap..first month try tu...memang akan turun gila berat badan..tapi..aku nak tengok seminggu ni..kalau tak berkesan...maka..aku akan stop diet atkins ni..hahahaha..

Sesiapa yang berminat untuk join diet atkins ni..boleh search group di Facebook : Kelab Diet Atkins dan tunggu admin approve...

Tu je..thank you...
posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...