30 November 2014

Malaysia ke Separuh Akhir Piala AFF2014

Assalamualaikum...

Semalam satu berita yang menggembirakan buat Malaysia,terutamanya buat peminat bola sepak (kecuali aku) bila Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2014..tahniah buat team Malaysia.

Tapi entry kali ni bukan aku nak kupas pasal team sebab aku pun tak tau sangat...errr..tak tahu langsung pasal bola...tapi aku nak kupas tentang sikap penyokong-penyokong bola,terutamanya penyokong team Malaysia..

Bila team kita jatuh,kita lebih suka mengeji,mengutuk,menjatuhkan lagi semangat pemain-pemain kita..kita tak bagi semangat langsung..bukan semua..tapi susah sangat untuk kita cari orang yang bagi semangat dekat team kita..





Tapi..bila menang..kita bersorak....

"Horaaaayyyyyy...."

Bersorak tu okay..tapi masalahnya bila kita kutuk pasukan lawan...adat permainan..kalah menang tu adalah biasa..tapi yang luar biasa bila kita mengutuk..apa salahnya kalau kita bagi kata semangat buat pasukan lawan ataupun cakap..

"Nice match..." or "good luck for next cup..." or whateve yang manis untuk dibaca dan didengar...

Tapi kita lebih suka untuk...





Banyak perbezaan antara penyokong kita dsn penyokong luar...aku bukan membanggakan negara luar..tapi orang kita lebih senang mengutuk berbanding memberi kata semangat...

Ini adalah sekadar pendapat peribadi..thanks for reading...
posted from Bloggeroid

29 November 2014

Kereta Sewa Hilang...

Assalamualaikum...

First time dalam hidup aku..aku rasa cuak sampai ketaq tangan-tangan..tak pernah aku rasa sampai macam ni..

Alkisahnya...

Tadi (jumaat) eha ajak aku pi tengok wayang sebab dia nak redeem voucher tiket free kat GSC Setia City Mall..so..aku pun disebabkan lama tak tengok wayang..setuju laa....tiket free kot...sapa yang takmau kan...

Kami pun sewa la kereta dekat abang yang kami selalu sewa tu..sewa ikut jam...ok..setel la..sharp lepas isya'...kami pun gerak la ke Setia City Mall...



So..kami decide nak tengok Big Hero 6...pukul 9.40 movie dah mula...tengah-tengah layan movie tu...lebih kurang 20 minit nak habes...

Zappp......

Terlintas dalam kepala hotak aku...

"Aku kunci ke tak keta tadi??"

Terus menggelabah aku..rasa tak tenang nak tengok movie..dah la part klimaks cerita tu..eha yang tengah menangis sebelah aku pun..aku buat derkk ja...nervous fikir kereta hilang...

Habis tengok movie...aku laju ja jalan nak ke parking keta...sampai-sampai..tengok kereta takdak!!!dah la dengan lupa parking kat level berapa..so dengan confident aku cakap..yang salah level...

Time tu memang dah cuak gila..lembik lutut fikir pasal kereta hilang...naik satu level parking kot-kot kami terlajak turun..naik ja...aku jadi lagi nervous...

Aku fikir yang kereta ni hilang..first in mind yang aku fikir..macam mana nak balik kolej??hahahaha....lepas tu baru fikir kena ganti kereta...hahaha...rupa-rupanya kereta sewa tu terlindung sebelah Alphard..dah la sewa viva...terlindung pulak..haishhh...

Dah nampak kereta sewa..aku laju ja berjalan..check punya check..rupanya aku dah kunci kereta..tapi cuak punya pasal...habes tak tenang aku tengok movie...

Sayang ja tiket...tapi syukur alhamdulillah..kereta tak hilang...kalau tak..tak boleh balik kolej...
posted from Bloggeroid

22 November 2014

Subsidi Minyak dan Diesel Dihapuskan 1 Disember 2014

Assalamualaikum..


hari ni kecoh dekat media sosial tentang penghapusan subsidi untuk Ron 95 dan juga diesel. kebanyakan komen  dekat laman sosial kebanyakkannya adalah yang negatif dan ada yang beranggapan bahawa langkah yang diambil ni adalah satu titik noktah bagi kerajaan sedia ada yang dah memerintah negara hampir 60 tahun.

bagi aku. langkah yang diambil oleh kerajaan sekarang adalah satu langkah kurang bijak sebab seperti yang sedia maklum, kerajaan sekarang semakin tidak digemari oleh rakyat disebabkan banyak isu terutamanya isu GST.

tapi, kalau kita fikir secara mendalam, kerajaan sebenarnya mendengar masalah rakyat. sebab rakyat sekarang ni cakap, harga minyak dunia turun, tapi kenapa harga minyak Malaysia tak turun? jadi kerajaan akan menggunakan teknik apungan dimana maksudnya, kalau harga minyak dunia naik, harga minyak kat Malaysia akan turut naik, dan kalau harga minyak dunia turun, harga minyak Malaysia pun akan turun...

tapi, disebabkan rakyat sekarang ni ada banyak perkara yang tidak puas hati dengan kerajaan, jadi tindakan kerajaan ni bagi aku, boleh aku ibaratkan terjun ke dalam lubang kubur yang dah siap sedia digali. pengakhiran kisah politik Barisan Nasional mungkin agak tragis dengan timbulnya isu-isu seperti ni dan mungkin agak susah untuk diterima kembali oleh rakyat kalau ditakdirkan kalah dalam pilihanraya yang akan datang.


tapi, kalau kerajaan mengambil langkah bijak untuk memujuk hati rakyat.peluang kerajaan sekarang. mungkin kerajaan perlu mengubah beberapa dasar yang mementingkan keperluan rakyat. contoh langkah yang bagi aku sesuai untuk memujuk hati rakyat adalah dengan mengawal harga rumah, mengurangkan cukai-cukai yang agak tinggi, menghapuskan cukai-cukai yang tidak patut.

kalau kerajaan melakukan semua ini selepas penghapusan subsidi ni, peluang kerajaan untuk bertahan menerajui negara dalam pilihanraya akan datang mungkin masih ada. tapi semuanya bergantung pada yang menerajui.

ini adalah sekadar pendapat peribadi aku sebagai mahasiswa dan juga sebagai seorang anak muda yang belum lagi terjebak dalam dunia yang sebenar. salah dan silap mohon diampunkan...




18 November 2014

Azwan Ali Bertudung Sekadar Lakonan

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi pendapat tentang isu Azwan Ali (AA) yang dah jadi viral di laman-laman sosial sejak semalam...

Seperti dalam post aku sebelum ni..orang Malaysia umumnya lebih suka menjadi keyboard warrior di alam maya. Kita lebih suka buat statement-statement tentang sesuatu isu tanpa selidik sama ada benda itu betul atau tak.

Dalam kes AA dia bertudung adalah disebabkan atas tuntutan sebuah syarikat makanan segera,Dominos, yang memerlukan AA menjadi geng makcik-makcik and kakak-kakak ofis yang memesan pizza. It just an acting.



But as usual,ada sesetengah orang,mengaitkan isu ini dengan politik.sebagai contoh page Saya Sayang Tun Doktor Mahathir Mohamad (SSTDM).posting tanpa selidik apa sebenarnya yang jadi akan bagi kes buruk. Walaupun Azmin and AA adalah dua beradik,tapi mereka berdua berada di bidang yang berbeza.jadi tak perlu la nak menjatuhkan Azmin dengan mengaitkan dengan isu AA.



Dengan isu transgender dibenarkan berpakaian wanita yang panas baru-baru ni, SSTDM cuba mengaitkan isu AA dengan isu transgender tanpa mengetahui yang AA cuma berlakon untuk Dominos Pizza.

Kalau nak condemn kata,berlakon pun tak boleh berpakaian perempuan,kenapa dalam filem Melayi,isu ni tak dimainkan??banyak filem yang lelaki berpakaian perempuan. Contohnya macam Mat Tudung,Senario Asam Garam,Nana Tanjung 2 dan ada lagi.

Aku bukan menyokong AA untuk memakai pakaian perempuan,sebab yang salah tetap salah dan tak juga mengaitkan isu ini dengan politik, tapi sikap kita yang lebih suka post sesuatu tanpa usul periksa dan membaca penerangan dari pihak terbabit akan menunjukkan betapa rendahnya mentaliti kita.

Kalau dulu page SSTDM aku respect sebab bila post something mereka akan selidik terlebih dahulu, but now..aku dah hilang sikit kepercayaan dekat page ni...



Aku suka cara AA ekspresskan apa yang dia rasa for me..dia seorang yang straight forward bercakap kalau dia tak puas hati tentang sesuatu.tapi cara dia meluahkan,ayat yang digunakan tu..kadang-kadang kurang sopan untuk digunakan...



Ini adalah pendapat aku..kalau ada yang tak bersetuju..aku minta maaf.aku bukan nak backup AA,tapi cara.kita post tanpa usul periksa tu membuatkan aku kecewa dengan sikap orang Malaysia.demi kepentingan politik,kita sanggup menabur 1000 fitnah.

Assalamualaikum...
posted from Bloggeroid

16 November 2014

Aku pula selepas ni...

Salam...

Well...just a simple update maybe...hahaha...minggu lepas aku dapat tau satu berita and its makes me feel likes...

"Lepas ni aku pulak..."

Kalau sebelum ni aku dok tanya kat orang and membahan orang..lepas ni aku pulak yang akan kena...hahhaha...

Tapi tak apa..biasa la tu...sampai masa..aku akan hadapi juga benda sama...aku agak terasa sebab aku antara yang last tau tentang news tu...as usual...

Kecil hati tu memang ada..tapi memandangkan ini cerita gembira..so aku abaikan..

But i dont know why bila aku tahu cerita ni...aku jadi sedih..i'm supposed to be happy then..tali malam tu..aku jadi sebak..maybe sebab aku yang last..hahaha...

But..its okay...

Just pray for the best to .....well..bila dah jadi..baru aku bagitahu apa sebenarnya yang jadi...
posted from Bloggeroid

07 November 2014

Cakap ikut emosi..aku pun sama...

Assalamualaikum...

lama tak update blog ni..bukan apa..tak sempat plus busy,..sem ni memang agak busy...

just a simple post this time..perhaps..orang kita sebenarnya selalu biarkan emosi yang berbicara..betul atau tak? aku pun kadang-kadang terbiarkan emosi yang menguasai diri...sebab apa??sebab kita lupa kesan dan akibat, sebab kita tak fikir pun apa yang akan jadi bila kita biarkan emosi yang berbicara..

bagi kita, mungkin tak ada apa sebab kita boleh lupakan and act likes nothing happen..but untuk orang yang terpaksa harungi and hadapi tu..pernah kita fikirkan? emosi bercakap ni tak semestinya bila kita marah..kadang-kadang when we are toooooo happy and terlalu seronok..kita akan baut something yang lain dari kebiasaan.

yes..kita nak sharekan keseronokan kita...tapi dalam diam, tanpa kita sedar...ada orang yang mungkin terasa dengan kita...seronok dari segi pelbagai macam..nak share keseronokan tu bukan tak boleh.,.tapi ada limitnya...setiap benda yang kita buat dalam dunia ni..mesti ada limitnya..

kadang-kadang walau kita dah terbiasa pun..kita kena fikir apa perasaan orang lain terhadap apa yang kita cakap...sekarang ni aku try untuk control emo aku...sekarang pun aku sebenarnya under emo..tapi..i will try not to obviously said that i'm emo...hahaha..actually memang entry ni entry emo...talk to the mirror FMR...

cara kita tak semestinya sesuai dengan semua keadaan...sebelum lakukan sesuatu tu..tengok dulu keadaan..sesuai atau tak..memalukan seseorang atau tak...or anything else..cakap ikut emosi ni pun kita senang boleh tengok dekat FB...senang sangat nak tengok..most of FB users cakap ikut emosi without thinking the impact that the others might feel..

well..tu ja kot aku nak update...pesan aku...dalam keadaan apa pun..andai emosi tu stabil, marah, seronok or so on...fikir-fikirkan kesan..nak berkongsi tak bersalah..tapi ada cara tersendiri..

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...