19 Julai 2014

Tragedi MH370/MH17 vs "pakar penerbangan" & "wartawan tak bertauliah"

Assalamualaikum...


terdetik dalam hati untuk meluahkan apa yang aku rasa...since semalam and sejak empat bulan yang lepas..banyak 'pakar penerbangan' telah lahir di Malaysia..pelbagai teori dan konspirasi telah dikemukakan oleh 'pakar-pakar' ini dimana mereka telah grad dari pada Universiti of Facebook..

tolong lah..biar pakar yang sebetul-betul pakar yang jalankan siasatan..kita sebagai rakyat biasa yang tak punya sebarang ilmu penerbangan ni..kita duduk dan tunggu berita yang dilaporkan oleh media..

yes..kita mungkin tertanya-tanya apa yang jadi pada kedua-dua pesawat malang milik Malaysia ni...tapi dari kita buat pelbagai andaian yang pelbagai dan mungkin tak masuk akal..why not kita tunggu pengumuman yang dibuat oleh kerajaan ataupun pihak MAS sendiri.

dalam kita buat pelbagai andaian, lawak, teori dan sebagainya, pernah tak kita terfikir tentang perasaan keluarga mangsa yang terlibat..apa perasaan anak, isteri, suami, mak ayah mangsa?

'pakar-pakar' penerbangan yang ada ni selalu buat teori yang sangat tidak masuk akal ataupun terlalu tinggi. tengok la macam kes MH370..dikatakan MH370 hilang sebab ada pihak nak balas dendam sebab kes Altantutya la, kes bawak khazanah berharga ,bawak senjata untuk negara China and so on...

can you imagine...apa perasaan keluarga mangsa?apatah lagi bila kes MH370 ni, kesalahan diletakkan di atas bahu Kapten pesawat..apa perasaan keluarga mangsa bila kita fitnah ahli keluarga mereka macam tu? pernah kita bayangkan bagaimana rasanya jika kita berada di tempat mereka??

namun ada jugak yang cuba menjadi wartawan...seterusnya memburukkan lagi keadaan dengan penyebaran berita-berita yang belum tentu sahihnya, gambar-gambar yang belum tentu lagi terbukti kebenarannya..bila "wartawan" ni menyebarkan maklumat-maklumat yang palsu pkus orang sekarang ni lebih percaya sosial media dari media konvensional..of course berita yang betul orang susah nak percaya..



selain dari tu..ada jugak yang cuba cari publisiti  murahan dengan membuat status-status yang berbaur perkauman, politik dan juga mencari publisiti murahan yang menjatuhkan maruah diri masing-masing..tak pernah merasa sensitif dengan apa yang terjadi..Allah...kenapa susah sangat nak faham keadaan yang melanda negara?



kalau tak mampu untuk berkata sesuatu yang baik..aku rasa...lebih baik kita berdiam diri. daripada bercakap sesuatu yang menyakitkan dan belum pasti..lebih baik kita duduk dan berdoa supaya apa yang terjadi itu tidak betul ataupun ada yang terselamat..

dengan menyebarkan sesuatu yang tidak pasti, membuat spekulasi yang bukan-bukan..lebih baik kita berdoa kepada Yang Maha Berkuasa supaya Dia menabahkan hati semua orang yang terlibat dalam tragedi malang ini..

aku teringin nak kupas isu yang meminta DS Najib meletak jawatan sebab kes-kes yang jadi (MH370, pengganas Sulu, MH17)..boleh tak korang fikir secara logik...kalau DSN letak jawatan..itu menunjukkan dia lari dari tanggungjawab..jangan bandingkan budaya Malaysia dengan budaya Korea dan Jepun dimana pemimpin mereka meletakkan jawatan bila tragedi buruk melanda mereka...pemerintah negara kita tak akan berdiam diri...mereka akan melakukan apa yang terdaya...



DSN dapat kita lihat sebagai orang yang bertanggungjawab meskipun beliau ditohmah, dituduh dan difitnah oleh pelbagai pihak..namun disebabkan DSN tahu akan tanggungjawab dia..dia berani lagi pikul jawatan yang dia pegang semata-mata mahu mempertahankan maruah negara...

dalam kita bersedih dengan kejadian ini..janganlah kita lupa akan nasib saudara seagama kita di Palestin...doakan yang terbaik untuk mereka...




18 Julai 2014

Malaysia Sedang di Uji... MH370, Sabah dan MH17

assalamualaikum...

sesungguhnya Allah yang menentukan segala-galanya. walau apa segala perancangan yang telah dirancangkan oleh manusia, namun jika Allah tak izinkan, semua itu takkan berlaku.

malam tadi, sebaik aku jejakkan kaki kat rumah, aku tengok group whatsapp kelas..ada member aku cakap #prayforMH17.. bila aku tanya kenapa..katanya MH17 ditembak di sempadan Ukraine-Russia.. Ya Allah..dugaan apa lagi yang Malaysia hadapi? terus aku bangun bukak Astro Awani.. berderau darah tengok berita. pembaca berita Astro Awani aku tengok still dalam keadaan terkejut..

then dapat lagi mesej dari group whatsapp.. few district in Sabah dikenakan perintah berkurung course ada pergerakan yang dapat dikesan di laut Sabah and dipercayai daripada tentera Sulu yang nak attack Sabah...pray for Sabah of course.. i love my country...

apa yang aku harapkan adalah ini semua mimpi...tapi apakan daya..scroll twitter dan group whatsapp yang aku ada..semuanya cerita benda yang sama.. and i feel like..aku nak menangis..kenapa perlu Malaysia..kemudian i'm back to Allah..pray to Him..because He know what is going on. i hope ada seseorang yang selamat and gambar-gambar yang aku dapat through whatsapp tu..semua tu photoshop.. Allahuakbar...

bila jadi macam ni..banyak sangat spekulasi dan teori-teori bodoh yang keluar either dari budak-budak yang tak cukup umur dan jugak sesetengah pemimpin yang perangai macam budak-budak.. di saat Malaysia yang sedang di uji dengan pelbagai dugaan, i think..kita kena ketepikan ideologi politik masing-masing. 

Isu MH370 masih belum selesai, datang pulak isu pengganas Sulu and MH17, kita sepatutnya menyokong atau berdiri dibelakang kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai tanda kita sokong beliau daripada terus jatuh dan mampu menjawab tuduhan-tuduhan tak berasas yang dilemparkan oleh dunia. ketepikan ideologi politik anda tak kira anda penyokong BN, PAS, PKR, DAP atau sebagainya...

dalam keadaan Malaysia yang masih berduka macam ni, masih nak salahkan satu sama lain. bagi aku, MH17 bukan salah MAS mahupun kerajaan, tapi Malaysia menjadi kambing hitam antara negara-negara yang bermusuh. senang cakap, Malaysia menjadi mangsa keadaan terhadap dua kuasa besar dunia.

"Russian and Ukraine blaming each other for MH17, while Malaysian are blaming PM for this tragedy.."

bagi aku, kenapa kita perlu salahkan DSN? Macam aku cakap, Malaysia menjadi mangsa keadaan kepada dua kuasa besar dunia. sebagai rakyat Malaysia dan dalam keadaan yang macam ni, we should support the government to show that we really love Malaysia. bukannya saling menuding jari terhadap kerajaan. bila menyokong kerajaan dalam isu-isu ni, itu tandanya kita bersatu..

bagi aku, tolong berhenti dengan mengaitkan semua isu ini, dari isu MH370, Sulu and MH17 dengan politik. just want to ask you, dalam mana-mana negara di dunia ni, ada ke pemimpin negara yang nak kucar-kacirkan negara sendiri or burukkan nama negara sendiri? cuba cakap? ada?

contoh paling mudah, ada ke anak-anak nak burukkan nama keluarga sendiri? pasti tak ada. ini semuanya sama ada dirancang dari awal oleh kuasa-kuasa besar dunia ataupun misscommunication antara yang melakukannya.

aku sendiri mempunyai teori aku sendiri based on maklumat-maklumat yang aku dapat di media sosial. namun aku rasa aku tak perlu nak hebohkan dalam media sosial. cukup aku seorang yang simpan.

dalam saat yang genting macam ni, sekali lagi aku merayu, stop kaitkan dengan politik, lepas semua ni selesai, nak berpolitik sampai kiamat sekalipun, berpolitiklah. cuma buat masa sekarang, pray for everything...pray for MH370, pray for Sabah, pray for MH17 and last but not least pray for Gaza.






"Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami bermohon kepadamu Ya Allah,
Engkau lindungilah Malaysia daripada anasir-anasir jahat
yang mahu merosakkan tanah Malaysia ini Ya Allah..
Engkau satukanlah hati-hati kami untuk menempuhi dugaan 
yang Engkau berikan Ya Allah..
Ya Allah, Engkau berikanlah ketabahan kepada kami,
kepada keluarga-keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17..
Ya Allah...Engkau selamatkanlah saudara-saudara kami
di Palestin sana Ya Allah..
sesungguhnya kami tak mampu ke sana..
hanya doa kami untuk mereka ya Allah.."

Amin ya Rabb...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...