22 November 2014

Subsidi Minyak dan Diesel Dihapuskan 1 Disember 2014

Assalamualaikum..


hari ni kecoh dekat media sosial tentang penghapusan subsidi untuk Ron 95 dan juga diesel. kebanyakan komen  dekat laman sosial kebanyakkannya adalah yang negatif dan ada yang beranggapan bahawa langkah yang diambil ni adalah satu titik noktah bagi kerajaan sedia ada yang dah memerintah negara hampir 60 tahun.

bagi aku. langkah yang diambil oleh kerajaan sekarang adalah satu langkah kurang bijak sebab seperti yang sedia maklum, kerajaan sekarang semakin tidak digemari oleh rakyat disebabkan banyak isu terutamanya isu GST.

tapi, kalau kita fikir secara mendalam, kerajaan sebenarnya mendengar masalah rakyat. sebab rakyat sekarang ni cakap, harga minyak dunia turun, tapi kenapa harga minyak Malaysia tak turun? jadi kerajaan akan menggunakan teknik apungan dimana maksudnya, kalau harga minyak dunia naik, harga minyak kat Malaysia akan turut naik, dan kalau harga minyak dunia turun, harga minyak Malaysia pun akan turun...

tapi, disebabkan rakyat sekarang ni ada banyak perkara yang tidak puas hati dengan kerajaan, jadi tindakan kerajaan ni bagi aku, boleh aku ibaratkan terjun ke dalam lubang kubur yang dah siap sedia digali. pengakhiran kisah politik Barisan Nasional mungkin agak tragis dengan timbulnya isu-isu seperti ni dan mungkin agak susah untuk diterima kembali oleh rakyat kalau ditakdirkan kalah dalam pilihanraya yang akan datang.


tapi, kalau kerajaan mengambil langkah bijak untuk memujuk hati rakyat.peluang kerajaan sekarang. mungkin kerajaan perlu mengubah beberapa dasar yang mementingkan keperluan rakyat. contoh langkah yang bagi aku sesuai untuk memujuk hati rakyat adalah dengan mengawal harga rumah, mengurangkan cukai-cukai yang agak tinggi, menghapuskan cukai-cukai yang tidak patut.

kalau kerajaan melakukan semua ini selepas penghapusan subsidi ni, peluang kerajaan untuk bertahan menerajui negara dalam pilihanraya akan datang mungkin masih ada. tapi semuanya bergantung pada yang menerajui.

ini adalah sekadar pendapat peribadi aku sebagai mahasiswa dan juga sebagai seorang anak muda yang belum lagi terjebak dalam dunia yang sebenar. salah dan silap mohon diampunkan...




Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...