30 November 2014

Malaysia ke Separuh Akhir Piala AFF2014

Assalamualaikum...

Semalam satu berita yang menggembirakan buat Malaysia,terutamanya buat peminat bola sepak (kecuali aku) bila Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2014..tahniah buat team Malaysia.

Tapi entry kali ni bukan aku nak kupas pasal team sebab aku pun tak tau sangat...errr..tak tahu langsung pasal bola...tapi aku nak kupas tentang sikap penyokong-penyokong bola,terutamanya penyokong team Malaysia..

Bila team kita jatuh,kita lebih suka mengeji,mengutuk,menjatuhkan lagi semangat pemain-pemain kita..kita tak bagi semangat langsung..bukan semua..tapi susah sangat untuk kita cari orang yang bagi semangat dekat team kita..





Tapi..bila menang..kita bersorak....

"Horaaaayyyyyy...."

Bersorak tu okay..tapi masalahnya bila kita kutuk pasukan lawan...adat permainan..kalah menang tu adalah biasa..tapi yang luar biasa bila kita mengutuk..apa salahnya kalau kita bagi kata semangat buat pasukan lawan ataupun cakap..

"Nice match..." or "good luck for next cup..." or whateve yang manis untuk dibaca dan didengar...

Tapi kita lebih suka untuk...





Banyak perbezaan antara penyokong kita dsn penyokong luar...aku bukan membanggakan negara luar..tapi orang kita lebih senang mengutuk berbanding memberi kata semangat...

Ini adalah sekadar pendapat peribadi..thanks for reading...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...