18 November 2014

Azwan Ali Bertudung Sekadar Lakonan

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi pendapat tentang isu Azwan Ali (AA) yang dah jadi viral di laman-laman sosial sejak semalam...

Seperti dalam post aku sebelum ni..orang Malaysia umumnya lebih suka menjadi keyboard warrior di alam maya. Kita lebih suka buat statement-statement tentang sesuatu isu tanpa selidik sama ada benda itu betul atau tak.

Dalam kes AA dia bertudung adalah disebabkan atas tuntutan sebuah syarikat makanan segera,Dominos, yang memerlukan AA menjadi geng makcik-makcik and kakak-kakak ofis yang memesan pizza. It just an acting.



But as usual,ada sesetengah orang,mengaitkan isu ini dengan politik.sebagai contoh page Saya Sayang Tun Doktor Mahathir Mohamad (SSTDM).posting tanpa selidik apa sebenarnya yang jadi akan bagi kes buruk. Walaupun Azmin and AA adalah dua beradik,tapi mereka berdua berada di bidang yang berbeza.jadi tak perlu la nak menjatuhkan Azmin dengan mengaitkan dengan isu AA.



Dengan isu transgender dibenarkan berpakaian wanita yang panas baru-baru ni, SSTDM cuba mengaitkan isu AA dengan isu transgender tanpa mengetahui yang AA cuma berlakon untuk Dominos Pizza.

Kalau nak condemn kata,berlakon pun tak boleh berpakaian perempuan,kenapa dalam filem Melayi,isu ni tak dimainkan??banyak filem yang lelaki berpakaian perempuan. Contohnya macam Mat Tudung,Senario Asam Garam,Nana Tanjung 2 dan ada lagi.

Aku bukan menyokong AA untuk memakai pakaian perempuan,sebab yang salah tetap salah dan tak juga mengaitkan isu ini dengan politik, tapi sikap kita yang lebih suka post sesuatu tanpa usul periksa dan membaca penerangan dari pihak terbabit akan menunjukkan betapa rendahnya mentaliti kita.

Kalau dulu page SSTDM aku respect sebab bila post something mereka akan selidik terlebih dahulu, but now..aku dah hilang sikit kepercayaan dekat page ni...



Aku suka cara AA ekspresskan apa yang dia rasa for me..dia seorang yang straight forward bercakap kalau dia tak puas hati tentang sesuatu.tapi cara dia meluahkan,ayat yang digunakan tu..kadang-kadang kurang sopan untuk digunakan...



Ini adalah pendapat aku..kalau ada yang tak bersetuju..aku minta maaf.aku bukan nak backup AA,tapi cara.kita post tanpa usul periksa tu membuatkan aku kecewa dengan sikap orang Malaysia.demi kepentingan politik,kita sanggup menabur 1000 fitnah.

Assalamualaikum...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...