20 Oktober 2014

I Want To Touch a Dog : Matlamat Tak Menghalalkan Cara..

Assalamualaikum...

Semalam kempen I Want To Touch A Dog (IWTTAD) menjadi viral di laman sosial dan mendapat banyak komen yang positif dan negatif. kat sini..aku nak kupas sikit dari pandangan aku...aku mungkin bukan pakar dalam bab-bab agama.. tapi aku kupas melalui apa yang aku faham.

bagi aku, kempen ni bagus dengan tujuan untuk membuang stigma masyarakat sama ada Melayu, Cina India dan lain-lain yang anjing ni adalah ganas dan menakutkan. yup..aku setuju dengan objektif kempen ni..

TAPI...

masalahnya kat sini apabila ramai orang yang Melayu Islam bergambar dengan anjing. kalau bergambar and tak pegang anjing tu..aku rasa itu tak jadi masalah and tak perlu dijadikan isu (walaupun mungkin bagi orang lain, itu adalah satu isu)..but the part is, orang-orang Melayu Islam ni ambil gambar sambil pegang and berpeluk dengan anjing-anjing tu.

kenapa? aku kalau boleh taknak kaitkan dengan politik sebab terlalu banyak dah perkara dikaitkan dengan politik. sikap organizer yang tak sensitif terhadap bab-bab agama Islam dan sensitiviti orang Islam dah mengakibatkan isu ini menjadi viral. tambah lagi yang pegang and peluk anjing tu mostly adalah wanita bertudung... organizer salah pilih tempat dengan menjadikan padang awam sebagai tempat untuk berkempen dan biarkan anjing-anjing tu berada bebas di atas padang.

kalau nak buat kempen sekalipun, organizer mungkin boleh buat dikawasan tertutup or kalau nak buat di kawasan terbuka sekalipun, biarlah anjing tu terkurung. plus, organizer boleh buat tanda peringatan untuk Muslim yang datang melawat untuk tidak menyentuh anjing sebagai tanda untuk menghormati sensitiviti orang Islam di Malaysia. tapi apa yang aku tengok dalam gambar-gambar yang jadi viral semalam, aku tengok anjing-anjing tu bebas bergerak.Matlamat tidak menghalalkan cara...






Orang Islam yang berkunjung ke kempen tu jugak sepatutnya dipersalahkan kerana tak peka dengan sensitiviti orang Islam yang lain.  dan sebagai orang Islam, kalau kurang ilmu agamanya sekalipun, sedikit sebanyak mesti tahu halal haram, dan tahu najis berat ni..kalau tak tahu sekalipun, takkan semua orang Islam yang hadir dalam kempen tu tak tahu hukum?

best part is, berdasarkan gambar, anjing-anjing yang dibawa semasa program tu adalah anjing-anjing yang sangat comel. adalah seekor dua yang nampak brutal, tapi yang lain, kebanyakkannya adalah comel.so kempen dia macam agak kurang tercapai objektif.

bagi aku, apa yang aku faham, kalau anjing yang digunakan untuk berburu dan menjaga ternakan and rumah, itu hukumnya harus (betulkan kalau aku salah), tapi kalau nak bela anjing as binatang peliharaan, dalam Islam diharamkan (betulkan kalau aku salah)... pegang anjing dalam keadaan dua-dua sama kering memang tak perlu samak, tapi yakin ke kita yang kita ni and anjing tu dalam keadaan kering? and adakah dalam keadaan kering tu, kita boleh saja-saja pegang anjing dalam keadaan yang tak terpaksa (darurat)?

and yes, ada yang kata...

"ala..pegang anjing and babi boleh samak, habes yang pegang anak dara orang tu, tak nak cakap apa ke?"

kenapa kita perlu merujuk pada benda lain semata-mata untuk tutup kesilapan yang kita buat? bab pegang-pegang untuk bukan muhrim, dah banyak kali ditegur oleh orang-orang pandai agama dan dah termaktub dalam al-Quran, termasuk bab-bab najis berat ni.. perkara ni bergantung pada diri kita sendiri. dalam keadaan terpaksa mungkin boleh dipertimbangkan, maksud aku kalau kita ni veterinar, nak selamatkan anjing tu dari bahaya, bagi aku itu bukan satu masalah. tapi ni sekadar untuk seronok-seronok. untuk apa sebenarnya?


anak kecil diajak untuk memegang anjing, mungkin sampai
besar nanti, bagi mereka..its okay..it just a dog...

aku sendiri bila tengok anjing-anjing yang dibela non-Muslim, aku geram tengok, yang bulu gebu tu..tapi tak ada la aku nak berpeluk bergambar semua. dalam Islam kita tahu apa yang boleh dan tak boleh buat. selagi kita boleh elak, kita elak. kecuali dalam keadaan darurat, kalau nak makan sekalipun, makan la..tapi dalam kempen ni, bukan darurat..its look likes, for fun.

 tapi kat sini, pandangan aku, secara tak langsung aku terfikir yang kempen ni diadakan untuk menjadikan yang pegang anjing ni tak jadi masalah dan menjadi kebiasaan orang Malaysia dan Melayu. jadi lepas ni mungkin boleh buat " I WANT TO TOUCH A PIG", "I WANT TO TOUCH YOUR BR***T" dan sebagainya untuk jadikan benda ni satu norma dalam kehidupan orang Melayu.

kempen-kempen seperti ni seperti nak cucuk dalam jiwa orang Islam di Malaysia yang pegang anjing and babi ni satu benda biasa. senang kata, satu kaedah untuk meliberalkan dan mempluralkan agama dalam konteks kehidupan manusia. sama macam yang UKE tulis dalam FB ustaz.




dekat Malaysia ni, sebelum buat sesuatu, fikir tentang sensitiviti pelbagai kaum di Malaysia, kecuali bab-bab agama. maksud aku kat sini, last year kecoh tentang seorang India yang marah tentang korban, katanya tidak menghormati tuhan agama Hindu...tapi itu menurut fahaman agama Hindu, dalam Islam pulak, itu adalah salah satu tuntutan agama. 



matlamat tidak menghalalkan cara. kempen sebegini bagus, tapi perlu dikawal dan tahu sensitiviti masyarakat setempat...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...