19 Julai 2014

Tragedi MH370/MH17 vs "pakar penerbangan" & "wartawan tak bertauliah"

Assalamualaikum...


terdetik dalam hati untuk meluahkan apa yang aku rasa...since semalam and sejak empat bulan yang lepas..banyak 'pakar penerbangan' telah lahir di Malaysia..pelbagai teori dan konspirasi telah dikemukakan oleh 'pakar-pakar' ini dimana mereka telah grad dari pada Universiti of Facebook..

tolong lah..biar pakar yang sebetul-betul pakar yang jalankan siasatan..kita sebagai rakyat biasa yang tak punya sebarang ilmu penerbangan ni..kita duduk dan tunggu berita yang dilaporkan oleh media..

yes..kita mungkin tertanya-tanya apa yang jadi pada kedua-dua pesawat malang milik Malaysia ni...tapi dari kita buat pelbagai andaian yang pelbagai dan mungkin tak masuk akal..why not kita tunggu pengumuman yang dibuat oleh kerajaan ataupun pihak MAS sendiri.

dalam kita buat pelbagai andaian, lawak, teori dan sebagainya, pernah tak kita terfikir tentang perasaan keluarga mangsa yang terlibat..apa perasaan anak, isteri, suami, mak ayah mangsa?

'pakar-pakar' penerbangan yang ada ni selalu buat teori yang sangat tidak masuk akal ataupun terlalu tinggi. tengok la macam kes MH370..dikatakan MH370 hilang sebab ada pihak nak balas dendam sebab kes Altantutya la, kes bawak khazanah berharga ,bawak senjata untuk negara China and so on...

can you imagine...apa perasaan keluarga mangsa?apatah lagi bila kes MH370 ni, kesalahan diletakkan di atas bahu Kapten pesawat..apa perasaan keluarga mangsa bila kita fitnah ahli keluarga mereka macam tu? pernah kita bayangkan bagaimana rasanya jika kita berada di tempat mereka??

namun ada jugak yang cuba menjadi wartawan...seterusnya memburukkan lagi keadaan dengan penyebaran berita-berita yang belum tentu sahihnya, gambar-gambar yang belum tentu lagi terbukti kebenarannya..bila "wartawan" ni menyebarkan maklumat-maklumat yang palsu pkus orang sekarang ni lebih percaya sosial media dari media konvensional..of course berita yang betul orang susah nak percaya..



selain dari tu..ada jugak yang cuba cari publisiti  murahan dengan membuat status-status yang berbaur perkauman, politik dan juga mencari publisiti murahan yang menjatuhkan maruah diri masing-masing..tak pernah merasa sensitif dengan apa yang terjadi..Allah...kenapa susah sangat nak faham keadaan yang melanda negara?



kalau tak mampu untuk berkata sesuatu yang baik..aku rasa...lebih baik kita berdiam diri. daripada bercakap sesuatu yang menyakitkan dan belum pasti..lebih baik kita duduk dan berdoa supaya apa yang terjadi itu tidak betul ataupun ada yang terselamat..

dengan menyebarkan sesuatu yang tidak pasti, membuat spekulasi yang bukan-bukan..lebih baik kita berdoa kepada Yang Maha Berkuasa supaya Dia menabahkan hati semua orang yang terlibat dalam tragedi malang ini..

aku teringin nak kupas isu yang meminta DS Najib meletak jawatan sebab kes-kes yang jadi (MH370, pengganas Sulu, MH17)..boleh tak korang fikir secara logik...kalau DSN letak jawatan..itu menunjukkan dia lari dari tanggungjawab..jangan bandingkan budaya Malaysia dengan budaya Korea dan Jepun dimana pemimpin mereka meletakkan jawatan bila tragedi buruk melanda mereka...pemerintah negara kita tak akan berdiam diri...mereka akan melakukan apa yang terdaya...



DSN dapat kita lihat sebagai orang yang bertanggungjawab meskipun beliau ditohmah, dituduh dan difitnah oleh pelbagai pihak..namun disebabkan DSN tahu akan tanggungjawab dia..dia berani lagi pikul jawatan yang dia pegang semata-mata mahu mempertahankan maruah negara...

dalam kita bersedih dengan kejadian ini..janganlah kita lupa akan nasib saudara seagama kita di Palestin...doakan yang terbaik untuk mereka...




Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...