19 Jun 2014

Akta Hasutan 1948 Akan Dimansuhkan. Wajar atau Tidak?

Assalamualaikum...lama tak berupdate dalam blog ni...sem ni aku rasa paling busy dengan assignment. serius..rasa macam tak sempat berehat...ngeee...okay..just a simple update (maybe)..aku nak update pasal isu terbaru yang kononnya Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan. wajar atau tak?

ok..sebelum apa-apa..ini adalah cuma pendapat peribadi. aku tidak memihak kepada mana-mana parti politik even aku adalah penyokong kepada BN. sebagai orang muda dan insya Allah akan bekerja dalam bidang penulisan. aku perlu tahu and komen pasal isu-isu macam ni..

bagi aku, kerajaan sedia ada tak perlu mansuhkan Akta Hasutan ini dan menggantikan dengan Akta baru. ya..mungkin sebab aku bukan student law..aku tak faham apa isi yang ada dalam akta ini..tapi secara generalnya, aku faham sikit-sikit bila media melaporkan pasal isu-isu mendiang karpal singh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghasut dan sebagainya.

bagi aku..kalau akta ini dimansuhkan, banyak lagi masalah yang timbul. aku pernah baca yang PM cakap, akta ini akan dimansuhkan untuk memberi hak kebebasan bersuara kepada rakyat dan akan mewujudkan satu akta baru yang akan mengharmonikan rakyat Malaysia. but for sure...aku sangat-sangat yakin bahawa akta baru itu akan ada banyak kekurangan  dan memberi 'kelebihan' kepada pihak2 tertentu untuk mengeluarkan statement2 yang akan membawa kepada rusuhan kaum.

kita tengok kebelakangan ni...walaupun Akta Hasutan ni belum lagi dimansuhkan..dah ada banyak pihak yang berani keluarkan statement yang pelbagai yang menghasut rakyat untuk membenci antara kaum, institusi diraja dan sebagainya. mereka tak takut (or maybe kurang takut) dengan akta yang ada walaupun mereka tahu yang mereka akan didakwa.

cuba bayangkan kalau akta ni dimansuhkan. makin galak puak-puak tertentu akan keluarkan ayat-ayat yang mungkin merosakkan lagi keharmonian kaum yang semakin goyah. dengan wujudnya akta baru (akta keharmonian nasional kalau tak silap aku), pasti takkan sama dengan akta hasutan.

aku rasa, kerajaan terlalu menurut kehendak pihak lawan. contohnya dengan mansuhnya ISA. walaupun dah diganti dengan SOSMA, tapi takkan sama dengan ISA sebab SOSMA mempunyai banyak kelonggaran and menyebabkan makin ramai pihak berani melakukan sesuatu yang mengancam keharmonian negara.

and bermulanya pemansuhan ISA la, semakin ramai orang yang berani mengeluarkan statement-statement berani mati dan keadaan yang sedia ada semakin semakin memburuk. jangan disebabkan mahukan undi, kerajaan sanggup mengenepikan keharmonian negara...kerajaan perlu tegas dalam mengekalkan keharmonian negara...

well...this is my personal view tentang khabar angin pemansuhan akta hasutan. thats all..thank you.

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...