01 Mei 2014

Jom ke Acheh...Tsunami 2004

Assalamualaikum... just a simple update i think..maybe la..hehehe...ok..aku baru balik dari Acheh, Indonesia last few days.. i went there from 25-28 of march 2014...saja jalan-jalan...ehh...tak la...actually macam aku pergi Djogja haritu..aku tolong abah untuk assist group...kali ni..tak ramai..just 25 pax...flight dari KL pukul 12.00 tengah hari..so..aku direct dari shah alam sekali lagi...aku akan cerita ittenary aku before my opinion about Acheh.

First Day...
sampai dekat airport sana...kami disambut dengan hujan lebat..disebabkan dekat sana, time kami sampai tu Acheh tengah sembahyang jumaat..so kami tunggu la kejap sampai tour guide tu datang..lepas tunggu dalam setengah jam..tour guide pun sampai..and alhamdulillah..hujan berhenti..kami dibawa ke Perkuburan Tsunami yang menempatkan 46000 jasad di situ sebelum dibawa untuk makan tengah hari dan terus ke hotel untuk check in...lepas ke hotel..kami dibawa ke Makam Syeikh Kuala..seorang ulama terkenal. makam ni terletak di penghujung Banda Acheh..kalau korang tengok peta indonesia.. kedudukan Acheh adalah penghujung laut..kat situ la titik Nol Indonesia..kiranya 0.00km untuk indonesia atau permulaan Indonesia..spend time dekat situ kejap..and then kami dibawa ke tempat kesan tsunami,..


kubur yang menempatkan 46000 orang..


disambut dengan banner...


makam sheikh Kuala

laut belakang tu adalah tempat berlakunya tsunami..and yess..
makam syeikh kuala terletak di tepi laut....

with my beloved mother dekat titik Nol Indonesia..


anda sekarang berada di 0.00 kilometer Indonesia...


sebuah bot yang tersadai di atas rumah orang..kapal nelayan ni menyelamtkan 54 orang nyawa waktu tsunami.best part is..kapal ni terletak bersebelahan dengan rumah pemandu pelancong kami.cerita ustaz (pemandu pelancong), waktu semua ada atas bot and bila ada gelombang datang..dia akan azan..setiap kali..and setiap kali dia azan, ombak besar tu akan terbelah...subhanAllah...ada banyak cerita menarik..maybe next entry kot...
kapal nelayan yang menyelamatkan 54 nyawa dan memberi keinsafan...

ok..abah ambilkan gambar ni..
lepas tu..kami dibawa ke Masjid Baiturrahman..masjid yang berusia 400 tahun dan menjadi kebanggan rakyat acheh..waktu tsunami..masjid ni pun kena jugak..tapi..dekat luar kawasan pagar masjid, air memang kuat, tapi dalam kawasan masjid, air tu menjadi tenang and air cuma sampai kat tangga masjid ja...ramaiorang berlindung dalam masjid termasuk non-Muslim and Alhamdulillah...ada yang peluk Islam lepas tu... kami dibawa untuk makan malam lepas tu rehat...
masjid yang cantil..juga menyaksikan satu lagi kekuasaan
Allah sewaktu tsunami 2005


makan secara berhidang..

Second Day..
hari kedua dimulakan dengan kami dibawa ke Gunongan..tempat ni diibaratkan macam cerita Taj Mahal..seorang raja Acheh membina satu tempat untuk permaisurinya (Dari Pahang Malaysia) disebabkan isterinya terlalu merindui negerinya..tempat ni katanya dibina dari putih telur dan bahan-bahan lain..lepas tu kami dibawa ke Muzium Acheh...nothing much..macam biasa la..muzium kan...ahhahah
mendengar penerangan dari Ustaz Mujiburrizal...


pemandangan dari atas Gunongan...


Muzium Acheh





next..kami dibawa ke Muzium Tsunami...mak cakap..muzium ni best..bagi aku..best la jugak..kita akan tengok kesan-kesan tsunami and so on...best...terasa insaf kejap dalam ni..muzium sangat besar...lepas tu kami dibawa untuk makan tengah hari and balik ke hotel untuk rehat sekejap...
Muzium Tsunami



kat atas ni ada bendera negara-negara yang membantu Acheh
sewaktu tsunami 2004..

Jambatan ni dinamakan jambatan keamanan kalau tak silap..

model Muzium Tsunami



petang tu..jadual itu diubah dimana kami dibawa ke satu pesantren atau sekolah pondok..sekolah pondok ni sangat daif dan memerlukan bantuan..terasa sedih pulak tengok adik-adik kat sini..sekolah ni menempatkan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa waktu konflik Acheh dengan kerajaan pusat, tsunami and anak-anak yang memeluk Islam..sangat kagum dengan ketabahan anak-anak kat sini...selesai dan dibawa untuk makan malam dan selesai...

anak-anak kecil yang mencari ilmu akhirat..

semoga Allah memudahkan segala urusan kamu...

Third Day..
third day kami dibawa ke satu lagi bukti kesan tsunami iaitu PLTD Apung..kapal ni seberat 2600 tan dan dihanyutkan sejauh 5km dari pelabuhan..kapal ni dikatakan menghempap 2 buah banglo milik penduduk...sampai sekarang..kapal ni memang tak boleh diubah sebab susah...
view dari tingkat atas kapal...



lepas dari tu...kami dibawa ke satu tempat lagi..iaitu kubah konkrit yang dibawa arus tsunami sejauh 3km dari masjid asal..masjid tu roboh dan kubah ni dikatakan terapung dan berpusing2 di atas tsunami..lepas tsunami reda, kubah ni terdampar di tengah sawah dan sampai sekarang tak diubah...dikatakan, hanya satu nyawa yang terselamat, dan ada 2 nashkah al-quran tak rosak dan ada yang terkorban di bawah kubah tu berdasarkan mimpi orang kampung..

kubah masjid yang dibuat dari konkrit..



lepas tu...,kami dibawa untuk shopping di Pasar Atjeh..ok..tak ada gambar kat sini..lepas shopping..kami balik ke hotel dan kemudian keluar untuk makan malam...

Last Day..
nothing much...selepas check out...kami dibawa terus ke airport...tapi sebelum tu..kami dibawa ke perkampungan budaya..sebenarnya tak ada dalam jadual..cuma nak buang masa sedikit...tu je..cantik..perkampungan budaya ni menempatkan 23 buah rumah yang menunjukkan 23 daerah dekat Acheh..setiap tahun..akan ada seminggu persembahan budaya kat sini..katanya dalam bulan lapan...



Pendapat dan pandangan...

ok..bagi aku...trip ke Acheh sangat best...cuma yang tidak mem'best'kan aku bila yang pergi semua orang tua...hahahaha..susah kot nak selfie..last sekali...tak banyak gambar boleh ambil..hahahaha...

macam aku cerita dalam entry aku ke Djogja...view dekat Indon ni memang sangat-sangat cantik..aku tak nafikan...makanan dekat Acheh jugak sedap..serius..cuma..kami tak diperkenalkan dengan makanan-makanan kaum dekat sini compare waktu ke Djogja..kat sini..kami cuma dibawa untuk merasai makanan orang Acheh..

pemandu pelancong jugak best..for your information...pemandu pelancong adalah bekas penyanyi kumpulan Raihan..Ustaz Mujiburrizal...waktu kami nak ke airport..dia menyanyi satu lagu..sangat sedap suara dia...

dikatakan ada satu pulau dekat sini,..Pulau Sabang dan ramai orang ke sana..orang cakap..pulau ni lagi cantik dari Bali sebab tak ramai pelancong ke sana..one day aku nak g sana jugak..insya Allah..

tu je kot story aku tentang Acheh...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...