12 Februari 2014

Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM

Assalamualaikum...ok...i will try to make it short...

apa yang aku tulis kat sini cuma pendapat peribadi aku and aku tak ada niat nak merendahkan fakulti or course lain...sebagai student UiTM...i'm proud to be part of this family...ok..apa yang aku nak tulis pasal entry kali ni adalah pasal Pengurusan Pelancongan, bawah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP)..

ok..ringkas pasal fac ni...FPHP ada 4 course (waktu aku belajar dulu 2009-2012), hotel management, tourism management, cullinary arts, and food service...aku cuma ambil tourism management..waktu diploma, tak ada subjek minor..so..memang akan fokus pada tourism sahaja...antara kampus UiTM yang ada FPHP untuk Diploma, cuma ada dekat Penang, Dungun and Melaka. untuk Degree, kampus Shah Alam, Puncak Alam and Kampus Bandaraya Melaka

sepanjang aku belajar tourism selama 3 tahun, waktu sem satu sampai sem tiga..aku belajar benda yang general and basic...sebagai contoh..aku belajar business math, accounting, marketing, management, economy...semua ni cuma ulangan subjek dari sekolah menengah...cuma dalam Bahasa Inggeris...sepanjang tiga sem ni jugak...cuma ada 3 atau 4 subjek sahaja yang relate dengan tourism and hospitality...sebab yang ni basic and aku rasa semua course FPHP belajar subjek-subjek ni...

then..bila naik sem empat...memang banyak subjek akan relate dengan tourism industry..contohnya, ticketing, tour guiding, business etiqutte, transportation, law and so on...law cuma belajar yang basic..jangan risau...hehehhehh...so...dari segi assignment..aku akan bagitahu nanti...bagi aku..ticketing paling best..kita book tiket online...bukan guna MAS and Airasia punya website...tapi ada sistem sendiri..ABACUS -namanya..memang best..kita akan tau banyak nama airport,jenis service yang ada dalam flight, manual book ticket, and macam-macam la...serius memang best..tak dapat digambarkan...

dari segi assignment...nama pun tourism...so memang tak dinafikan..memang akan banyak berjalan and kos akan keluar banyak...tapi for me..memang berbaloi..sepanjang 3 tahun..opss...ok...tolak practical satu sem..2 tahun setengah aku kat penang...3 tempat aku dah merasa...aku pergi redang, cruise libra, and Langkawi, Jerejak...even Langkawi aku dah pergi banyak kali..hehehehehe...

-korang boleh tengok gambar dekat labels Jom Cuti...-

itu untuk subjek yang memerlukan trip..subjek lain..biasa la..report and presentation..by the way..trip yang kita buat tu...nanti kena ada report tau..bukan pergi enjoy je...dari segi bajet..UiTM akan bagi bajet jugak..contohnya macam kami pergi Pulau Redang dulu..total bajet yang kami keluarkan RM350, then dapat balik dari UiTM RM60..memang tak banyak..tapi bagi aku..sesekali..memang best...

dari segi peluang kerja...ramai yang cakap tourism ni tak boleh pergi jauh...itu aku tolak keras-keras..sebab mana-mana fakulti pun...kalau korang tak usaha..memang tak boleh pergi jauh..tapi dalam mana-mana bidang pun..kalau korang tak de pengalaman, memang susah nak dapat kerja..bukan dalam tourism je...tak semestinya bila sebut tourism, korang kena jadi tour guide, bell boy and so on..korang leh kerja kat kementerian, TIC, and so on...banyak peluang kerja...cuma sama ada korang usaha atau tak...

even sekarang aku bukan lagi dalam FPHP, aku cukup marah bila orang cakap, fakulti ni susah nak pergi jauh...bila dorang tanya aku kenapa aku tukar course..aku cakap..at least bila aku grad, aku ada 2 skills and knowledge yang berbeza..so aku akan ada peluang yang lebih cerah untuk dapat kerja..insya Allah..

bagi yang ambil diploma..aku cadangkan supaya nanti kalau korang sambung degree, ambillah course lain yang korang boleh relate dengan tourism...bukan aku nak suruh korang lepaskan tourism dari hidup korang...tapi supaya tourism ni boleh berkembang..contoh korang boleh ambil business, marketing, journalism, and something yang boleh relate dengan tourism..korang ada basic tourism, and if korang sambung business..korang boleh run tourism business bila korang grad nanti..itu yang aku buat sekarang...

aku suka menulis tapi dalam masa yang sama, aku suka melancong (even tak kemana sangat pun),so aku sekarang ambil journalism for my degree..so in future, aku boleh jadi travellog..see...macam mana aku boleh combine kan skills aku...

tapi kalau korang nak sambung tourism pun aku galakkan..supaya korang boleh gain lebih banyak ilmu dalam industry ni..sebabnya apa...ilmu yang korang dapat masa diploma..just boleh dikatakan cuma 30 percent...untuk minor..mungkin korang boleh ambil hotel management..sebab lecturer aku pernah bagitahu..budak tourism tak sesuai ambil minor food service and  cullinary arts..aku dah lupa kenapa..

seriously aku cakap..tourism boleh pergi jauh..cuma macam mana cara kita nak kembangkan tourism dalam hidup kita tu..itu kita kena fikirkan...nasihat aku..tak perlu nak merendah diri kalau jadi family FPHP..be proud...sampai sekarang..aku masih berbangga dengan tourism....

ini cuma pendapat aku je..sebab ada yang tanya aku pasal Pengurusan Pelancongan..aku malas nak print screen..so ni cuma pendapat aku...mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tak setuju..apa pun..keputusan kat tangan korang..kalau korang rasa nak masuk tourism..masuklah..aku galakkan..tourism sangat best..satu-satunya faculty yang paling banyak keluar makan angin...ahahahahha....good luck...

209 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 209 daripada 209
Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum , nak tanya kalau orang yg dh dapat course tourism management ni kan .. Kena pergi interview ke tidak?

firzz duka berkata...

Tak perlu interview...

Unknown berkata...

Hai. Saya lepasan asasi tesl and berminat nak continue with degree pengurusan pelancongan ni. Can relate tak? Anyway untuk degree tourism management ni uitm mana ye skrng?

firzz duka berkata...

Haii...tesl and tourism saya rasa macam tak berapa relate...tapi boleh je nak tukar..takde masalah. Setahu saya, untuk degree ada di Melaka, shah alam dan puncak alam.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum. apakah persiapan awak sebelum masuk belajar? Saya akan masuk belajar pada bulan disember ini. Saya ada lagi 5-6 bulan lagi. Apakah persiapan yang saya boleh buat sebelum masuk belajar tourism ni? Boleh hantarkan jawapan awak dekat email sitisyaqirah99@gmail.com Saya harap awak dapat balas

Tanpa Nama berkata...

Salam nak tanya since sy pon akan amik tourism jugak..hihi
Bahasa ape yg best untuk belajar? Setakat ni sy trsekat between jepun ngan cina...harap abg boleh bantu.. ♡♡

firzz duka berkata...

Salam kembali...kalau di uitm masa saya belajar dulu, memang dah ditetapkan. Kelas A belajar Jepun, kelas B belajar Mandarin atau sebaliknya. Sistem sekarang tak pasti. Kalau bagi saya, better belajar Mandarin sebab kita boleh cepat belajar dengan bercakap dengan kwn2 Chinese...

Tanpa Nama berkata...

Salam..nk tanya skit ni.. between mandarin n japanese, yg mana abg syorkan?? Sy pning kpala pikir ni..

firzz duka berkata...

Mandarin... Peluang lebih besar...

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 209 daripada 209   Terbaru› Baru»

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...