25 Julai 2013

ISU SEMASA : Ramadhan Dipermainkan

Assalamualaikum...

nothing much yang aku nak story...just wanna share MY OWN OPINION about the current issue which is about two couples yang mengbuat kontroversi tentang bulan Ramadhan and Islam terutamanya...

bagi aku..sebagai rakyat Malaysia (even bukan sekalipun)..mereka patut menghormati agama dan budaya orang lain..Malaysia dihuni dengan pelbagai golongan masyarakat yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, bangsa dan budaya..untuk mengelak kejadian 13 Mei berulang...every one should respect each others.


dalam kes Alvin dan Vivian ni..they are not respect the other people who live in Malaysia. mereka buat kontroversi bukan bermula dari kes Bak Kut Teh, tapi dengan isu video seks mereka..aku tak faham kenapa sejak kebelakangan ni, makin ramai orang di Malaysia menghina, menghasut dan sebagainya terhadap agama Islam.. dari isu kalimah Allah, ketuanan dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera dan bermacam lagi.

aku bukan seorang yang racist..tapi disebabkan adanya golongan-golongan seperti ni membuatkan aku menjadi lebih prejudis terhadap bangsa lain. tapi aku tahu..tak semua orang yang berlainan bangsa dengan aku mempunyai sikap seperti pasangan kontroversi tersebut. sebagai orang Melayu, aku masih memegang adat untuk menghormati orang lain walaupun mereka berbeza budaya dan agama dengan aku, but, jangan melampau sangat.. orang Melayu bukannya lemah..tiba masa kami bersatu, orang lain akan duduk terpaku melihat kekuatan yang tersembunyi selama ini...

aku rasa buat masa sekarang..orang Melayu perlu bersatu untuk mengembalikan zaman kegemilangan yang pernah kita kecapi dulu. ketepikan ideologi politik. bagi aku..bila bangsa Melayu bersatu, agama Islam itu akan menjadi kukuh dengan sendiri. hudud insya Allah boleh dilaksanakan di Malaysia..tapi..mampu kah kita untuk menjadikan ini sebagai realiti??

orang Melayu sekarang makin terpinggir..kita boleh dikatakan agak ketinggalan dalam beberapa sektor.. UiTM adalah satu-satunya IPT yang mampu menyokong dan membantu orang Melayu dan Bumiputera. cant you imagine, what will happen to Melayu and Bumiputera kalau bangsa lain menjadi pemimpin nombor satu di Malaysia? orang Melayu akan terpinggir dan tak mustahil Islam di Malaysia akan menjadi lagi lemah.

Pemimpin-pemimpin di atas sana (tak kira kerajaan atau pembangkang) yang sebangsa dan seagama dengan aku, aku minta dan harapkan agar ketepikan ideologi politik untuk kepentingan ummah di Malaysia... semoga kita tidak terus terpinggir di tanah air kita sendiri..

*aku cuma bersuara dari hati aku sendiri...
tidak dihasut/dibayar oleh mana-mana pihak
terima kasih.

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...