Halaman

Sahabat Blogger Saya !!!

29 Julai 2013

ISU SEMASA : The New Village Iktiraf Komunis di Malaysia??

Assalamualaikum...

seperti biasa...aku cuma menyuarakan pendapat aku terhadap isu-isu yang aku lihat makin dibincangkan di Facebook..mungkin ramai anak muda yang tak sedar tentang isu ni, sebab aku tengok dalam friendslist aku dekat FB, just a few people sahaja yang update pasal isu ni...

yang hangat dekat FB sekarang adalah tentang sebuah filem  tentang zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dulu, The New Village (click utk trailer).based on trailer filem tu dekat Youtube, filem tu dengan jelas menunjukkan yang komunis membela dan berjuang untuk menuntut kemerdekaan...permasalahan kat sini..betul ke apa yang diperkatakan itu sampai diangkat untuk membuat filem??


Sejarah adalah fakta..tak perlu diubah...sejarah Tanah Melayu dah menyatakan yang komunis itu pengganas..jadi kenapa ada sesetengah pihak mahu mengiktiraf komunis itu sebagai pengganas?itu persoalan...well..kita dapat lihat ada agenda tersembunyi yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengangkat golongan komunis untuk menjadi hero...kenapa??sedangkan kita tahu, nenek moyang kita tahu bahawa zaman komunis adalah zaman yang paling teruk walaupun cuma untuk dua minggu...

jangan cuba untuk mengubah sejarah..sekali sejarah diubah, sampai bila-bila kebenaran takkan tersingkap...filem The New Village telah ditangguhkan tayangan di Malaysia selepas Menteri Dalam Negeri buat keputusan setelah terima pelbagai laporan..mereka cakap, filem ni sepatutnya ditayangkan pada tahun lepas namun ditangguhkan sebab takut akan ada masalah perkauman...logik??kalau nak elak masalah perkauman, filem yang macam ni bukannya ditangguhkan, tapi diHARAMkan dari ditayangkan.

rasanya aku tak perlu explain kenapa komunis tak perlu diangkat menjadi hero di Malaysia..kita semua tahu dari sejarah yang pernah kita belajar dari sekolah..filem-filem seperti ni lah yang mungkin menjadi faktor kecil yang menyebabkan tragedi 13 Mei kemungkinan berulang semula..



Filem Tanda Putera (click utk trailer) sampai sekarang masih tak ditayangkan (kononnya akan ditayangkan pada 29 Ogos)..setelah beberapa kali ditunda tarikh tayangan, so, kemungkinan besar ia akan ditayangkan pada penghujung bulan hadapan...kenapa Tanda Putera ditangguhkan?? alasan yang sama, filem Tanda Putera ditangguhkan sebab ia akan mewujudkan masalah perkauman kalau ditayangkan dan mewujudkan kontroversi antara dua kaum.. really??

walaupun aku masih tak berkesempatan tengok filem Tanda Putera, tapi bagi aku, untuk filem-filem yang akan mewujudkan masalah, memang patut diharamkan langsung dari ditayangkan ataupun pihak yang berwajib perlu membuat garis panduan sebelum filem kontroversi diterbitkan..terutama sekali sejarah.

ada yang cakap, kita tak boleh judge based on trailer dekat Youtube, kita kena tengok full movie baru kita boleh cakap filem tu racist atau tak...so kita tak boleh cakap filem The New Village tu mengangkat komunis sebab kita tak tengok full filem tu...so..aku nak tanya balik..macam mana dengan filem Tanda Putera?? kenapa ada sesetengah pihak cakap filem tu racist based on trailer filem tu??supposed to be mereka kena tengok filem tu sampai habis baru boleh judge filem tu..right??

Sebagai rakyat Malaysia, terutama golongan veteran, sepatutnya setiap orang kena sensitif dengan isu-isu sebegini sebab kesilapan kecil pun akan mengubah segala-galanya..tambahan lagi dengan keadaan sekarang...

but now..i want to ask your opinion about this...


Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...