27 April 2013

PRU 13 : Ini Ceritanya...

Assalamualaikum...ok...seperti yang dijanjikan...malam ni..aku nak cerita serba sedikit tentang cuti midsemester yang aku buat...apa?? assignment??? memang aku tak sentuh langsung...hahaha..tak ada semangat...semangat yang lain pulak aku buat...

well...aku balik pada 19 April...then 20 April tu penamaan calon...everynight...aku pergi kat pondok panas...and of course..milik Barisan Nasional sebab,... Keluargaku Pengundi BN ...katanya...kau mampu??well..aku dari kecik lagi (aku pernah kecik ke??) memang dah diajar, ditunjuk untuk menyokong Barisan Nasional sebab itu adalah yang terbaik..dan aku akui itu semua..well...

pada 20 April pagi tu..for the first time in my life..aku secara active terlibat dengan politik...walaupun aku tak dapat mengundi pada PRU kali ni..tapi aku tetap bagi sokongan penuh pada Barisan Nasional...pagi tu...aku join untuk penamaan calon dekat SMT Kerian...abah sebagai pencadang untuk YB Dato Sham...untuk DUN Alor Pongsu...ni kali kedua abah jadi pencadang untuk YB Dato Sham...
My abah (dua dari kanan) dengan calon Alor Pongsu (2 dari kiri)

calon-calon untuk Parlimen Bagan Serai,
Dun Alor Pongsu, Selinsing dan Gunung Semanggol
suasana tu..memang aku tak dapat gambarkan dengan kata2...dengan bacaan doa, takbir, selawat dan nyanyian patriotik..rasa bangga dan terharu semua ada waktu nak berarak tu..walaupun berpanas sampai pukul 1.00 tengah hari..memang berbaloi..bersemangat..
lautan biru...semoga kekal mendapat mandat rakyat..amin..

lelaki dan wanita.., Melayu Cina India...
semuanya sokong Barisan Nasional
then..hampir setiap malam...aku akan bantu apa yang patut dekat pondok Barisan Nasional...tolong pasang banner, bendera and apa-apa yang patut la...seriusly..memang seronok..banyak sebab aku sokong Barisan Nasional...sebab yang utama aku sokong Barisan Nasional sebab bagi aku...
Perarakan pada penamaan calon diketuai Dato Zaili Bin Cha..
Ketua UMNO Bagan Serai

"Hanya Barisan Nasional yang mampu mempertahankan kesucian agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, dan Keistimewaan Hak-Hak Melayu dan Bumiputera tanpa mengenepikan kepentingan kaum-kaum lain"

and sebab-sebab lain sama...aku sebagai mahasiswa..aku rasa aku berhak untuk suarakan pandangan aku and aku tahu apa yang terbaik untuk aku, anak cucu aku...
Saya Sokong Barisan Nasional, Saya Sokong YAB Perdana Menteri

bagi yang sokong pembangkang...aku tak kata apa yang korang sokong tu salah atau tak patut..sebab kita ada pandangan masing-masing..cuma kita ja tahu apa yang terbaik untuk kita..cuma jangan sampai nak gadaikan agama kita semata-mata untuk meraih sokongan orang yg bukan seagama dengan kita..jangan gadaikan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera semata-mata nak jadi kerajaan...tak kira anda pro-kerajaan atau pro-pembangkang...ingat tu...

well..malam esok akan ada satu lagi entry before kembali ke 'penjara'....arrgghhh..assignment berlungguk tak sentuh lagi...nite...thanks for reading my blog...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...