28 Februari 2012

Appendiks...Ouch...

wah...lama x update blog...bukan apa..aku baru dekat seminggu keluar wad akibat appendiks...alhamdulillah..semua selamat dah..tapi..kena pantang la aku...nak dengar cita...ok lets story...


ok..macam biasa..lepas abes practical on 15 feb..aku pun balik la kampung petang tu jugak untuk rest and buat report sekejap..then lepak-lepak dulu dua tiga hari..dah dekat aku nak keja...aku sepatutnya keja on 20 feb..tapi masa 18 feb...lepas keluar makan-makan ngan family aku..aku dah rasa semacam dengan perut aku...aku ingatkan gastrik...aku muntah-muntah masa tunggu keretapi untuk girlfriend abang aku malam tu...

sampai rumah pukul 12 malam..tak apa lagi..aku tahan sebab aku ingat dah boleh hilang lepas makan ubat gastrik..dalam pukul satu still tak hilang lagi tapi makin sakit sampai menangis..so aku pun berjalan dengan sakit ke bilik abah aku..

"abah...abah..sakit bah...sakit sangat..."

abah aku pun apa lagi..kejut abang aku..terus bawak aku pergi klinik pukul 1.30 pagi...sampai-sampai klinik..medic assistant tu tanya macam-macam..cilaka..dah orang sakit..dok tanya macam-macam..sakit kat mana..muntah-muntah ke...apa ke..adoyai...
dalam pukul 2 pagi dia hantar aku pergi hospital taiping..sampai-sampai terus masuk wad...tak tidur aku malam tu...dengan sakit..lepas tu doktor practical duk ulang masuk tanya...amek tekanan darah and amek darah..jangan tanya la berapa kali...

siang tu aku puasa sebab dengar kata nak operate siang tu...tapi tak jugak sampai ke malam...mak aku dengan kak aku curi-curi bagi aku minum air...hehehehe...

on 19 feb...pukul 3 pagi baru diorang tolak aku masuk operation room...pukul 5 baru start operate...memang aku tak fikir apa..sebab aku mengantuk...hahaha..sedar-sedar dah kena tolak masuk wad balik...

aku keluar wad on 22 feb...serius..memang sekarang makan kena pantang...lepas ni pun..dengar kata kena pantang lagi...adoyai..rugi-rugi...

report practical pun kena kelam kabut buat even dalam keadaan sakit...update blog sebab malam ni rasa dah ok...even still sakit sikit-sikit...

apa yang aku nak rasa selama ni dah dapat...nak tau..hehehe...
  • naik ambulans
  • tidur dekat hospital
  • kena operate

17 Februari 2012

Berdua Bersatu (Forteen) & disebalik lagu??

Jika denganmu salah...
Ku tak mahu yang benar...
Jika denganmu rebah...
Biarlah ku tercalar...

Walau di landa badai...
Ku sanggup kerna ku mahu..
Kita berdua bersatu..

Jika denganmu kabur...
Ku tak mahu yang jelas...
Jika denganmu hanyut...
Biarlah aku lemas...

Walau di landa ribut...
Ku sanggup kerna ku mahu...
Kita berdua bersatu...

Wahh...ikut rentak lagi kan korang baca??hahahha..bukan apa..tak ada apa pun..cuma lagu ni..aku suka sangat...lirik dia best..Sang lelaki ni sanggup menerima segala keburukan yang ada dekat kekasih dia ni..as long as mereka still together-gether...

first time aku dengar lagu ni..what the f*** jenis lagu..tapi..bila dengar banyak kali and focus more on lyrics...memang best..aku suka lirik dia time chorus..

memang as lovers, we must accept all the bad things about her/him..ingat tau...diri kita ni tak sempurna...untuk sempurnakan diri kita..kita kena cari wanita / lelaki yang ada kekurangan kita...barulah kita rasa sempurna..macam tu la..

and then...cari orang yang betul-betul sayangkan kita...sebab orang yang sayangkan kita takkan sesekali tinggalkan kita untuk orang lain, tapi jangan pulak kita kenakan dia ok.....


jangan pernah menangis apabila di tinggalkan...yang patut menangis adalah dia..sebab dia dah kehilangan orang yang betul-betul sayangkan dia..

tu ja..kat sini aku tinggalkan lagu ni..korang tengok la...

16 Februari 2012

Praktikal dah habes..apa yang saya dapat??

Tepat pukul 5.00 petang on 15 Feb 2012.. tamat sudah sesi practical aku dekat Battuta Travel..and Insya Allah..bulan 9 nanti aku konvo..itupun kalau tak ada apa-apa masalah la..tp..dah ngam-ngam 4 bulan aku dekat Battuta Travel tu..agak-agak apa yang aku dapat..jom tengok...


  • saya dapat tahu cara nak apply contract rate dari resort / chalet / hotel..murah skit la...
  • saya tahu nak book ticket flight selain dari Air Asia...KLM Royal Dutch..
  • saya tahu lead bawak group ke Pangkor...
  • saya kena speaking dengan walk-in customer and call *menyeksakan*
  • saya kena buat Quotation ke Pangkor...
  • saya kena buat bayaran ke bank-bank yang tak pernah masuk...
  • selalu pegang check....
  • rasa OT..
  • yang penting dapat elaun RM 100 / bulan + bonus
ada lagi kot..tp entah..aku pun tak ingat...tapi ok la..ada pengalaman la jugak kan...

13 Februari 2012

Valentines Day?? Tak Perlu la...

 Valentines day??or should I call it as Hari Maksiat Sedunia.. remaja sekarang ni yang couple semua tergila-gila nak celebrate hari ni…kenapa?? Kononnya sebagai bukti mereka berkasih sayang, bukti cinta kepada kekasih..but finally?apa yang jadi… girls especially ditinggalkan lelaki..and yang lelaki pulak..tak bertanggungjawab…memang bodoh..
Bulan Februari bulan buat anak maksiat aka zina(even luar Februari pun orang bermaksiat juga) tapi 14 Feb every year merupakan hari rasmi..what the f***..and then bulan Ogos sampai Oct bulan buang anak.. sebab apa?? Sebab si lelaki ni tak nak bertanggung jawab and perempuan pulak..ikutkan kata si lelaki tu..apa ke bodohnya remaja zaman sekarang ni (aku pun remaja jugak)?
anak kecil menjadi mangsa...
Aku yakin and pasti..mana- mana agama dalam dunia ni..memang  mengharamkan seks di luar perkahwinan..tapi remaja-remaja kita still uncontrolled..kononnya sebagai bukti cinta.. owh kau pandai kan sekarang.. bukti cinta kepada kekasih kau..kau serah body..budi parents kau??apa kau buat??
Remaja sekarang ni pelik… kononnya bila diberi pilihan antara parents or kekasih..mesti akan cakap.. “family first..i love my parents” or what so ever..tapi bila cinta tak direstu..mula la bagi alasan nak lari rumah, bunuh diri..menyusahkan keluarga…
Kat sini aku nak cerita sikit tentang Valentines Day..aku masukkan sikit la..
  •  Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi. Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.
  • Ada mengaitkan Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
  • Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.
  • Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
  • Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata “Valentine” berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi”.
 
Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi ‘to be my Valentine’, bermaksud kita meminta orang menjadi ‘Sang Maha Kuasa’. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan SYIRIK dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod “the hunter” iaitu dewa matahari.

See??apa yang korang banggakan sangat??as a Muslim..kita dilarang menyambut hari yang diraikan oleh agama lain…but now??menurut Islam..nak berkasih sayang tak ada hari-hari tertentu..kita diminta untuk menyayangi satu sama lain..tapi dengan cara yang betul..bukan dengan mencemarkan nama baik keluarga or agama..kita tengok esok.. Bangsa mana yang paling banyak kena tangkap basah…

LELAKI
Kita dicipta untuk memimpin..kita dicipta untuk melindungi..tapi kenapa kita yang merosakkan kaum yang lemah yakni perempuan..cuba bayangkan..apa yang kita buat dekat anak dara orang tu terjadi dekat family kita..tka mustahil.. what comes around goes around..mana tahu nanti anak cucu kita pula yang kena. Kalau dah nak sangat..bernikah ja..but make sure u can make money first la..melindungi wanita adalah sesuatu yang terbaik..bukan menjahanamkan wanita..

WANITA
Jangan mudah terpedaya dengan janji manis lelaki..lelaki ni susah untuk percaya..lebih baik percayakan keluarga anda.. wanita memang lemah..tapi pernah dengar pepatah “tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia” ? see??anda kuat..dari segi emosi  dan segalanya..tapi nafsu?? Kawal.

Lengkapkan diri masing-masing dengan iman..jangan bertuankan nafsu..esok 14 Feb..baik duduk rumah layan cerita Vanilla Coklat lagi best dari pergi minum air kencing syaitan and jadi benda yang memalukan…ok..see you…

11 Februari 2012

Maaf.. Aku Bukan Perampas...

Erm...how to start..baru ni (tak baru gak la..)2 malam lepas...my BFF mesej-mesej aku..dia kata dia bengang dengan dia punya ex-boyfriends dia..so..aku pun pujuk-pujuk la..sebab aku tak mau dia rasa terbeban fikir tentang relation dia dengan ex dia...but..she told me that she really love him. then... i told her back..kalau dia betul-betul sayangkan ex dia..jangan menangis. sebab sepatutnya yang patut menangis adalah lelaki tu sebab lelaki tu dah kehilangan orang yang betul-betul sayangkan dia. same goes bila benda ni jadi dekat lelaki. bila anda ditinggalkan perempuan yang anda sayang, jangan menangis ok..


lepas tu kan..BFF aku ni forward satu mesej (yang ex dia hantar) dekat aku..dalam mesej tu, ex dia mention nama aku and burukkan nama aku. dia kata 

"aku tau firdaus dah hasut fikiran hang untuk benci aku...
firdaus racun fikiran hang kata aku ada perempuan lain...
hang pun kenal firdaus tu lagi lama dari aku...
tapi..aku memang takdak perempuan lain kat sini..."

lebih kurang macam tu la mesej dia..btw..aku nak bagitahu yang sekali pun aku tak pernah hasut fikiran BFF aku..when i know she with you. i'm very happy with that coz i know, sumone can take care of her. but totally i'm wrong because u hurt her. seriously aku cakap. i will make sure u will not make her cry again. kalau aku betul-betul nak racun fikiran dia. dari awal lagi aku dah buat. kenapa baru sekarang aku nak buat?? kau tak terfikir ke??ke kau ingat aku suka dekat dia?? yup..i admit it..aku suka dekat dia sebagai KAWAN aku dunia akhirat. aku sayangkan dia sebagai SAHABAT aku.. aku dah anggap dia macam FAMILY aku..tapi kau memang tak pernah puas hati dengan aku kan??so..what should i do??

ramai boyfriends kawan perempuan aku jealous dengan aku bila aku rapat dengan awek dorang. but when they start to know and be friends with me..then they will know yang aku ni bukan perampas. aku pun dah banyak kali kena macam ni..ramai pakwe yang tak puas hati dengan aku sebab aku rapat dengan GF dorang..tapi seriously..setakat kawan..tak kan tak boleh.kalau tak boleh..nanti dah kawen..pergi duduk dalam hutan kutip kayu api..

macam kawan baik aku dekat kampung. mula-mula memang pakwe dia jealous dengan aku sebab aku rapat dengan family awek dia..but when he know that aku cuma kawan baik..then aku dengan pakwe BFF aku..kami pulak jadi kamcing..see??dont judge a book by its cover... well..aku tak nak cakap apa...sebab mulut orang ni tak boleh tutup..just sabar and sabar ja...


and you know what..aku bukan jenis perampas..kalau aku jenis perampas..dah banyak dah hubungan yang aku dah putuskan. and cuma sekali ja aku terfikir untuk merampas 'dia' dari orang lain..tapi bila aku fikir..

'kalau ada jodoh tak ke mana'

then aku cancel kan niat aku untuk merampas dia..just aku nak biarkan masa yang tentukan apa yang bakal terjadi masa depan.. cuma untuk kau aku nak cakap..kau memang BODOH sebab dah hilang perempuan yang betul-betul sayangkan kau...kesian...sekian..

01 Februari 2012

F.A.F.A. TRIP

ok...siapa kata practical student takde trip??korang salah tau..ni buktinya...aku ngan budak kelas aku dah pergi trip ke Pangkor..eh...macam pernah dengar je...owh..lupa..Pangkor tu rumah kedua aku kat Lumut...ngeee...ok..actually..trip ni just a simple trip..plan mengejut..memula aku,fauzan and mira je...tiba-tiba ex-scandal aku nak join..so..kami empat orang la yang pergi...apa??kenapa tajuk entry ni F.A.F.A. Trip??entah...aku pun tak tahu..ye la...aku kan Firdaus, Ain, Fauzan and Azmira...so..aku pun tak tahu kenapa leh jadi F.A.F.A Trip...hehehehe

ok...ain and fauzan datang on 25 Feb..so..tengah hari tu..lepas kerja...aku dengan mira tunggu Pojan dekat bus stesen...then tunggu ain pulak dekat kedai mamak..lepas tu aku balik tidur...hahaha....

malam tu..lepas maghrib...kami berempat pergi la ke pasar malam...makan bihun sup...sedap gak..hehehe...by the way..pasar malam dekat Manjung ni...ada hari Sabtu and Ahad..memang besar...lagi besar dari tempat aku...
kita makan dulu....
suka gambar ni..manis...ahahha

lepas pergi pasar malam..pukul 9.00 malam...kami berempat pergi karoeke dekat Titi Panjang...by the way...ni first time aku karok sampai hilang suara...dari suara yang sopan santun..terus jadi rockers sejati...hahaha...kalau setakat karoeke 3 jam tu..apa la sangat..tapi kalau karoeke sampai hilang suara....errr...
tak ada orang amek gambar..amek sendiri la...

duet lagu My Heart...err.ke dengan pojan...

apa kes nyanyi lagu Bete'
lepas tu...dalam pukul 12 tengah malam...kami pergi lepak Marina Island...kalau korang nak tahu..Marina Island ni pulau buatan..korang boleh pergi Pangkor dari sini..just 10 minit je..compared dengan jeti Lumut..lebih kurang 40 minit..ok..lepak-lepak situ..sampai pukul 2.30 kot...sempat la sesi luahan rasa and sesi doktor cinta bersama mereka....

esok pagi tu...yang kononnya pukul 9 dari Lumut..akhirnya pukul 10 (sebab tunggu orang kajang bersiap) juga baru bertolak..nasib baik feri puul 10.30 pagi..ambil-ambil gambar dulu...
ada orang cakap kami adaik beradik...

aku tak tahu kenapa jadi macma ni...

selalu minah pink je kan..amek kau..teksi pink...

then sampai sana..naik teksi pergi teluk nipah...ingatkan nak mandi dekat pantai je..rupa-rupanya...pojan mengidam nak naik boat..lebih kurang macam Island Hopping la..dia bawak la pergi 2-3 tempat...dia ada tunjuk formasi batu...yang macam ikan paus, kepala buaya, and penyu...then pergi snorkelling...

pojan excited..
batu buaya..

batu penyu...

batu ikan paus...

sebut pasal snorkelling...errr...ok la..nampak jugak la ikan...tapi best lagi dekat redang...untuk pengetahuan korang...snorkelling dekat pangkor ni...kalau korang nak tengok ikan and coral..dia asing-asing tau tempat..tapi still atas satu pulau..pulau dia kecil je...senang cakap..kalau korang nak tengok ikan..kena pergi sebelah depan pulau, kalau nak tengok coral, kena pergi sebelah belakang...

then...mandi-mandi la kami dekat Pulau Giam tu (snorkelling)...lepas tu.balik ke Teluk Nipah...terus makan..lapar...hehehe..ingatkan nak mandi lagi lepas makan tu...tapi malas...lepas salin pakaian..lepak-lepak kejap...then balik ke Lumut..pukul 4.30 balik ke Lumut...tu je la cerita kami...

kawasan snorkelling ikan...


macam tutti fruitti pun ada...
sibuk je dengan BB dia..
p/s : walaupun kerap masuk Pangkor...
tapi ni first time mandi laut kat Pangkor.
.and first time mandi laut lepas  dekat 4 
bulan ada dekat Lumut / Pangkor / Teluk Batik...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...