16 Mei 2012

Kisah Hari Guru...

Salam...

aku tahu..hari ni Wordless Wednesday..tapi aku ada topik nak update..so aku pun update la..and seingat aku..baru sekali je aku buat wordless wednesday ni...

Hari ni 16 May kan..Hari Guru...sini aku ada kisah sikit time hari guru ni sepanjang aku bersekolah...even..

Kisah Sekolah Rendah...

(sila dongak ke atas sikit dan ada asap kepul2...)

masa tu a week before teachers day.. ada sorang cikgu ni akan ronda-ronda dari kelas ke kelas sambil bawak kertas yang bersenarai semua nama cikgu...cikgu ni yg aku lupa nama...dia akan ronda utk kelas darjah 3,4,5,6 sahaja...sebab kiranya budak tu dah matured la kononnya...sampai kat kelas..dia ketuk pintu..dia tanya..

"ok..minggu depan ada Hari Guru...siapa nak bagi Hadiah kat cikgu blablabla..." 



hahaha..lawak kan..kononnya taknak bagi malu cikgu2 la..nak bagi adil..semua cikgu dapat hadiah..bila ada yang volunteer, cikgu tu ambil nama student tu...selalunya..budak perempuan yang volunteer...budak laki jarang except yang mengada-ngada...termasuk aku...hahaha...yang bestnya..cikgu siap warning lagi...

"nama ni..kalau tak bagi dekat cikgu blablabla, cikgu denda... wajib bagi hadiah sebab cikgu dah ambil nama"

macam apa lagi..hahahaha

then masa aku darjah 6 kalau tak silap..aku pun mem'volunteer'kan diri nak bagi hadiah kat sorang cikgu tu..Cikgu Zunika(ajar BM) namanya kalau tak silap aku..isteri dia Cikgu Kamisah (ajar Math, kena cubit sakit tau)..kononnya nanti dah tak jumpa cikgu-cikgu ni...then aku ignored je la..masa malam before hari guru tu baru aku teringat...aku kena bagi hadiah..kelam kabut aku cari apa-apa yang ada kat rumah aku..last-last mak aku suruh bagi mug..hahah,,memory gila benda tu...

macam selalu..setiap kali ada Hari Guru..akan ada persembahan or pertandingan..aku macam biasa..masuk deklamasi sajak..and aku akan dapat top 3 sebab aku antara student lelaki yang masuk pertandingan tu..then ada la macam berbalas pantun dengan cikgu sambil kutuk2..ahahah..pantun budak-budak..biasa la..

anak nyonya pergi ke kedai,
pergi ke kedai beli gula,
saya nak bertanya dekat cikgu Fauzi,
kenapa cikgu datang sekolah naik moto?


hahaha..macam celaka pantun...

Cerita Sekolah Menengah..

aku dilantik jadi pengawas sekolah dari form 1 sampai form 5.. masa jadi pengawas form 1 sampai form 4...aku cuma tolong senior-senior pengawas ja uruskan hari guru..selalunya uruskan sukaneka la..time kat sekolah menengah la yang best skit sambutan...ada sukaneka...

kami yang badan pengawas ni..kena fikir, acara apa yang sesuai,..selalunya terompah tempurung, sambut belon berisi air, cari gula-gula dalam  tepung and musical chair...memang best..time ni la ramai student yang datang termasuk yang selalu ponteng..

nak tahu sebab apa??sebab tak perlu nak belajar and boleh lepak kat seluruh kawasan sekolah tanpa takut..hahaha..cuma bosan sikit pagi tu..sebab ada perhimpunan khas and ada teks ucapan yang panjang berjela..tapi lega la sikit..boleh duduk atas tapak perhimpunan...lepas ucapan..clearkan kawasan tapak perhimpunan and then..start la sukaneka...

lepas sukaneka..baru acara dalam dewan...upacara penyampaian hadiah dan anugerah..anugerah ni standard la..
- anugerah cikgu paling comel (selalu Sir Satha menang)
- anugerah cikgu paling garang (Cikgu Fitri of course)
- anugerah couple paling sweet antara cikgu 
(Cikgu Salman & Cikgu Sapura sbb yg ni je cikgu suami isteri kat sekolah tu)
- anugerah kepimpinan (Pengetua)

and ada la a few more anugerah..aku tak ingat..and the best part..penyampaian hadiah untuk pertandingan hari guru...tulis cerpen, deklamasi sajak n so on..untuk deklamasi sajak..of course aku top 3 antara 3 orang yg masuk bertanding..sebab tak ada student yang minat nak masuk..hahahaha...

p/s : kat sini aku nak ucapkan Selamat Hari Guru dekat semua cikgu-cikgu yang mengajar saya dari Tadika, SK Alor Pongsu, SMK Alor Pongsu and pensyarah di UiTM Penang..bagi aku..cikgu ni bukan sekadar dekat Sek/kolej/IPT ja..tapi orang yang ada kat sekeliling kita termasuk kawan-kawan, musuh and terutama sekali our parents...walaupun tak formal, at least kita belajar benda baru tentang perangai orang.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...