13 Februari 2012

Valentines Day?? Tak Perlu la...

 Valentines day??or should I call it as Hari Maksiat Sedunia.. remaja sekarang ni yang couple semua tergila-gila nak celebrate hari ni…kenapa?? Kononnya sebagai bukti mereka berkasih sayang, bukti cinta kepada kekasih..but finally?apa yang jadi… girls especially ditinggalkan lelaki..and yang lelaki pulak..tak bertanggungjawab…memang bodoh..
Bulan Februari bulan buat anak maksiat aka zina(even luar Februari pun orang bermaksiat juga) tapi 14 Feb every year merupakan hari rasmi..what the f***..and then bulan Ogos sampai Oct bulan buang anak.. sebab apa?? Sebab si lelaki ni tak nak bertanggung jawab and perempuan pulak..ikutkan kata si lelaki tu..apa ke bodohnya remaja zaman sekarang ni (aku pun remaja jugak)?
anak kecil menjadi mangsa...
Aku yakin and pasti..mana- mana agama dalam dunia ni..memang  mengharamkan seks di luar perkahwinan..tapi remaja-remaja kita still uncontrolled..kononnya sebagai bukti cinta.. owh kau pandai kan sekarang.. bukti cinta kepada kekasih kau..kau serah body..budi parents kau??apa kau buat??
Remaja sekarang ni pelik… kononnya bila diberi pilihan antara parents or kekasih..mesti akan cakap.. “family first..i love my parents” or what so ever..tapi bila cinta tak direstu..mula la bagi alasan nak lari rumah, bunuh diri..menyusahkan keluarga…
Kat sini aku nak cerita sikit tentang Valentines Day..aku masukkan sikit la..
  •  Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi. Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.
  • Ada mengaitkan Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
  • Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.
  • Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
  • Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata “Valentine” berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi”.
 
Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi ‘to be my Valentine’, bermaksud kita meminta orang menjadi ‘Sang Maha Kuasa’. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan SYIRIK dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod “the hunter” iaitu dewa matahari.

See??apa yang korang banggakan sangat??as a Muslim..kita dilarang menyambut hari yang diraikan oleh agama lain…but now??menurut Islam..nak berkasih sayang tak ada hari-hari tertentu..kita diminta untuk menyayangi satu sama lain..tapi dengan cara yang betul..bukan dengan mencemarkan nama baik keluarga or agama..kita tengok esok.. Bangsa mana yang paling banyak kena tangkap basah…

LELAKI
Kita dicipta untuk memimpin..kita dicipta untuk melindungi..tapi kenapa kita yang merosakkan kaum yang lemah yakni perempuan..cuba bayangkan..apa yang kita buat dekat anak dara orang tu terjadi dekat family kita..tka mustahil.. what comes around goes around..mana tahu nanti anak cucu kita pula yang kena. Kalau dah nak sangat..bernikah ja..but make sure u can make money first la..melindungi wanita adalah sesuatu yang terbaik..bukan menjahanamkan wanita..

WANITA
Jangan mudah terpedaya dengan janji manis lelaki..lelaki ni susah untuk percaya..lebih baik percayakan keluarga anda.. wanita memang lemah..tapi pernah dengar pepatah “tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia” ? see??anda kuat..dari segi emosi  dan segalanya..tapi nafsu?? Kawal.

Lengkapkan diri masing-masing dengan iman..jangan bertuankan nafsu..esok 14 Feb..baik duduk rumah layan cerita Vanilla Coklat lagi best dari pergi minum air kencing syaitan and jadi benda yang memalukan…ok..see you…

3 ulasan:

Feza berkata...

aku setuju sangat weh. 9 bulan dari sekarang tunggu la berita buang bayi pulak.

caHayA pembUkaAn haTikU berkata...

ok.. lepak tngk vanilla coklat tu aku suka.. hahaha

caHayA pembUkaAn haTikU berkata...

ok.. lepak tngk vanilla coklat tu aku suka.. hahaha

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...