09 Januari 2012

Review Filem : Sesuatu Yang Tertinggal

Okay..semalam disebabkan aku kena OT dekat ofis dari pukul 11 sampai pukul 5...so aku pun plan la dengan mira (officemate) aku nak pergi tengok wayang sebab lama tak pergi...cerita sesuatu yang tertinggal.. cerita ni memang best...seram pun boleh tahan la...tapi...errr...nanti aku cakap...tapi aku nak review beberapa watak penting dalam cerita ni...
Zahiril Adzim
watak dia dalam cerita dia ni best..sebagai abang and kawan yang ambil berat..watak dia menjadi..aku suka...
and sekarang baru aku tahu kenapa ramai orang cakap Zahiril ni handsome..sebab before this aku tengok dia ni biasa-biasa ja..maybe sebab watak dia la yang buatkan dia nampak gentleman...
Shera Ayob
for ur information..ni first time aku tengok Shera ni berlakon..masa dia berlakon dalam cerita Karak..aku tak tengok pun...cerita Karak pun aku tak tengok..bagi aku...lakonan dia tak mantap sangat..still boleh improve...masih boleh trima la..tapi tak ada la nampak kaku sangat..

Sara Ali
serius...bagi aku dalam filem ni..lakonan Sara Ali paling mantap..dia boleh bawa dua watak dalam satu masa..memang menarik..lagi mantap dari cerita Songlap and Nur Kasih The Movie...memang mantap lakonan dia..aku suka..kalau dia terus maintain lakonan dia macam dalam filem ni..aku yakin..dia memang boleh top nanti...

Eina
actually i dont know her very much..maybe ni filem first dia kot..or dia artis baru..tapi lakonan dia boleh tahan...ok la orang cakap...

Watak Lain
watak-watak lain ok la..watak budak-budak yang jadi anak yatim tu sekadar penambah perasa...

untuk filem ni aku bagi 9/10 bintang..memang best...tapi cuma ending dia la..macam memang tergantung..boleh ke ending dia semua orang dalam tu termasuk dalam ............................ apa??nak tahu...g la tengok...serius aku cakap memang best..cuma ending la...

lepas tu kan..waktu family nak pergi ambil budak-budak tu pun spoil gak..kalau korang perasan la..bila sebut rumah kebajikan..mesti untuk anak-anak yatim or dari family susah kan..tapi..ada satu scene tu..family pergi ambil anak-anak dia dengan kereta Perdana V6 and Viva ...errr...no komen...

Sinopsis

Sinopsis Sesuatu Yang Tertinggal:- Filem seram ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya.
Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang kemisterian. Mona berubah sikap.
Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...