19 Jun 2010

MaaF???CuKuP KaH haNYa 1 perkaTAAn ini??

Assalamuaalikum...kali ni aku cuma nak bertanya pada semua..apa bila kita melakukan kesilapan atau kesalahan yg menyakitkan perasaan org lain..kita akan segera meminta maaf..cuma sekadaar menyebut 'aku minta maaf' ataupun 'i minta maaf'...hanya itu sahaja yg mampu kita lakukan..tapi bila di fikirkan..apa lg yg perlu kita lakukan selain hanya mengucapkan perkataan 'keramat' itu...adakah kita perlu memeluk, mrnyembah kaki untuk menunjukkan yg kita benar2 menyesal d atas segala kesilapan kita...adakah kita yakin bahawa selepas kita meminta maaf itu,semuanya akan kembali seperti sedia kala..aku rasa tidak..di sini biar aku ceritakan sebuah cerita yg mungkin ada yg pernah mendengarnya..cerita ini berkisarkan tentang seorang anak yg amat pemarah tetapi mudah memaafkan..

Alkisah...terdapat seorang anak yg amat mudah 'meletup' jika seorang atau orang sekelilingnya melakukan sesuatu yg beliau tidak ingini..ataupun menyerang hanya kerana salah faham..namun apabila si anak ini mendapat tahu akan cerita yg sebenarnya,dia akan segera meminta maaf dan menyesali akan segala perbuatannya itu..pernah si anak ini memukul rakannya kerana terlewat sampai pada hari mereka melakukan perbincangan,si anak ini terus memukul,,namun si anak meminta maaf setelah megetahui mengapa rakannya lewat ke perbincangan itu..
suatu hari si ayah ingin menegur anaknya dengan cara yg paling halus..si ayah memanggil anaknya..
"setiap kali kamu marah,ayah nak kamu ketuk satu paku di dinding rumah.."kata si ayah
anak:baiklah ayah..
lalu si anak melakukan apa yg disuruh oleh ayahnya..pada hari pertama,dia mengetuk hampir 50 batang paku di dinding rumahnya..si anak melakukannya setiap hari..sehinggalah tiada lg paku yg mahu di ketuknya di dinding rumah kerana si anak tidak memarahi sesiapa..
kemudiannya si ayah menyuruh si anak mencabut kesemua paku itu semula..si anak melakukannya dengan perasaan yg sungguh aneh..namun si anak hanya diamkan..
si anak pun bertanya:apa tujuan ayah lakukan semua ini..
ayah:cuba kamu tengok dinding tu..dahulunya dinding ini amat elok..namun setelah kamu memakukan dan mencabutnya,ia menjadi buruk dan berlubang2..meskipun ia masih lg sebuah dinding batu..namun ia masih menyakitkan mata kan apabila kita melihatnya..
anak;apa maksud ayah.
ayah:sama juga dengan manusia anakku..meskipun kita mearahi dan kemudiannya meminta maaf..perasaan mereka terguris sebenarnya walaupun sejuta kali kita meminta maaf..orang tetap terasa dengan apa yg telah kita lakukan terhadap mereka..oleh itu..berubahlah anakku..

kesimpulan di sini cukup mudah...memang mudah untuk mengucapkan kata maaf..namun adakah kata maaf itu sudah memadai untuk menhapuskan sengketa yg ada..tapi jika bukan sekadar maaf..apa lg yg mmpu kita lakukan...fikir2 kan lah..

p/s:sesiapa yg xpaham cita di atas..xapalah..paham2 kan ap yg aku tulis k..

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...